innity

pages

Sunday, July 10, 2016

Berita Harian laporkan 600 ahli UMNO keluar parti


SEBAHAGIAN daripada 600 ahli UMNO daripada 100 cawangan Bahagian Batu Sapi, Sandakan mengumumkan keluar parti, hari ini.
SANDAKAN: Seramai 600 ahli UMNO daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta susulan tindakan Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian bekas naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan MT UMNO menggantung Shafie sebagai naib presiden tanpa dipanggil untuk membela diri. 
Katanya, ia menyebabkan beliau dan ahli UMNO cawangan itu hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan UMNO dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.  
Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT UMNO dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," katanya.  
Ditanya sama ada perjuangan itu bersifat 'Sabah untuk Sabah' atau secara menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia adalah berlandaskan 'Sabah untuk Sabah'.  
"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin UMNO peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/172531?m=1

4 comments:

  1. Itu menteri internet kata 'no hal man'.

    ReplyDelete
  2. Bagud lg kau org keluar dr menjadi ahli mengharapkan projek dr yb kecewa.
    Ha3x
    palauhhh....

    ReplyDelete
  3. Bila sudah keluar nanti jgn masul balik..

    ReplyDelete
  4. dia hina musa aman hangpa tak rasa macam menghina penyokong umno sabah gak ker? lebih specifik penyokong musa aman. bagaimana dengan penyokong UMNO semenanjung?..... pemimpin kamu tak boleh dijentiklah yer.....tak perasan ker kalau dah sementara dengan lim kit siang tu apa maksudnya...... otak mereng

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com