innity

pages

Thursday, July 14, 2016

Azalina sah 'menteri undang-undang' baharu ganti Nancy



Penyusunan semula tugas melibatkan beberapa menteri mula mengambil tempat selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Hujung Jun lalu, Perdana Menteri membuat rombakan kecil Kabinet dan menjanjikan penyusunan semula tugas melibatkan beberapa kementerian.


Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik mengetuai Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Unit Komunikasi Korporat BHEUU dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu susulan daripada penyusunan semula portfolio jabatan berkenaan.

"Kami berbesar hati menerima kehadiran beliau dan percaya dibawah kepimpinan Azalina, BHEUU akan terus memainkan peranan penting dalam hal ehwal perundangan negara.

"Sebagai menteri yang berkelulusan undang-undang dan selaku pengamal undang-undang lebih 25 tahun, kami yakin beliau akan memberi sentuhan dan idea baharu dalam mencapai misi, visi dan objektif BHEUU," katanya.

Pada masa sama, menurutnya, warga kerja BHEUU mengucapkan penghargaan kepada Nancy Shukri yang sebelum ini mengetahui bahagian berkenaan bagi sokongan, dorongan dan nasihatnya kepada BHEUU dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

Manakala Nancy secara rasminya menyerahkan tugas beliau sebagai Menteri Pemangku Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Datuk Seri Mah Siew Keong.

Tugas Mah sebagai Menteri yang menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) diserahkan kepada Nancy.

Nancy sebelum ini merupakan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan, Bahagian Perlindungan, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK).

Beliau juga bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Undang-Undang yang melibatkan Jabatan Peguam Negara (AGC). Agensi-agensi tersebut kini dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Azalina Othman.

Walaupun demikian Nancy masih lagi bertanggungjawab ke atas agensi-agensi di bawah beliau sebelum ini iaitu SPAD, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.

Upacara serah tugas kepada Datuk Seri Azalina dijangka diadakan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri BHEUU pada 26 Julai nanti.-14/7/2016


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com