innity

pages

Friday, July 15, 2016

Artikel TERKINI Tun M: ORANG BODOH (versi Bahasa Melayu)




Artikel Terkini Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
ORANG BODOH (Versi BM)
1. Saya diberitahu bahawa Sarawak Report, entah bagaimananya, telah memperoleh laporan Audit Negara yang paling rahsia mengenai 1MDB. Terdapat begitu banyak salahlaku malah hal-hal jenayah yang dilakukan oleh orang-orang 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat, yang mewajarkan tuduhan jenayah diambil terhadap Pengerusi dan kakitangan 1MDB.
2. Tetapi seperti yang kita semua tahu A.G. (Attorney General) – iaitu Peguam Negara mengisytiharkan bahawa laporan Ketua Audit Negara tidak menunjukkan bahawa Najib telah melakukan sebarang kesalahan atau jenayah. A.G (Apandi) ini menolak laporan A.G (Ghani) yang satu lagi dan beliau kuatkuasakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai mengakses kandungan laporan.
3. Jelas sekali kedua-dua A.G., kakitangan pejabat Audit Negara dan pejabat Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengetahui kandungan laporan Audit Negara ini. Tetapi mereka tidak bercakap. Mulut mereka dikunci rapat.
4. Kemudian Menteri Kewangan II meletakkan jawatan daripada semua jawatan. Dia tidak menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan yang drastik itu. Dia akan ke Jordan untuk belajar agama. Nampaknya mulutnya juga dikunci. Dia membisu hingga sekarang.
5. Jika melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa mereka itu telah dipilih kerana mereka bodoh. Dan mesti ada banyak orang bodoh sebegini di sekelilingnya. Sesetengah dari mereka meletak jawatan dengan cepat, yang lainnya mengambil masa yang lebih lama. Sesetengahnya mungkin telah diberhentikan atau dipindahkan atau bersara. Tetapi secara umumnya ketidakupayaan mereka semua adalah tidak berkebolehan untuk bercakap. Boleh jadi juga mereka pekak, tetapi sudah pasti mereka semuanya adalah bodoh.
6. Saya percaya terdapat undang-undang menutup perbuatan jenayah. Bahkan orang-orang bodoh pun tidak dikecualikan daripada undang-undang ini. Mereka mungkin bodoh tetapi mereka tidak sebegitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan di antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh memahami.
7. Mahkamah mungkin tidak dapat menerima dengan baik pengakuan bahawa mereka bodoh. Mungkin mereka boleh mendakwa bahawa mereka telah dipaksa untuk bertindak bodoh. Kemungkinan seorang. Mungkin juga dua atau tiga. Tetapi sekumpulan manusia yang besar tidak mungkin dapat dipaksa untuk bertindak bodoh. Hujahan mereka akan ditolak oleh mahkamah.
8. Kemudian timbul persoalan perasaan yang ada dalam hati nurani. Tetapi terdapat mereka yang dengan penuh cerianya memperindahkan apa yang mereka tahu dengan membuat pembohongan. Tidak mungkin mereka begitu buta huruf sehingga tidak boleh membaca. Akhbar, media alternatif dan penyiasat pakar seperti WSJ dan Sarawak Report tidak mungkin dapat mereka-reka semua penipuan skala besar yang melibatkan 1MDB. Sehingga laporan asal diisytiharkan awam, tuntutan oleh konco-konco mereka bahawa semuanya adalah pembohongan tidak boleh dipercayai .
9. Hari ini anda boleh bertindak bodoh. Tetapi akan tiba masanya apabila helah ini tidak dapat dimaafkan. Walaupun anda berselindungkan agama, dolak dalih tidak akan bertahan.
10. Kumpulan ketiga terdiri daripada mereka yang telah diberi makan dedak. Dan yang keempat terdiri daripada penyokong yang tidak boleh berfikir. Kumpulan ini percaya bahawa seseorang Presiden yang juga seorang pemimpin parti berhak untuk berbuat apa-apa saja yang beliau suka, termasuk mencuri wang Kerajaan tidak kira berapa banyaknya. Satu juta atau satu bilion tidak mengapa. Ianya hanya melibatkan perubahan “m” kepada “b” dan menambah tiga lagi sifar – iaitu menambah kosong. Bagi mereka, “bukan mereka untuk menyoal sebab mengapa, tetapi bagi mereka ialah setia sampai mati”. “Presiden saya, semoga dia sentiasa berada di landasan yang betul, tetapi dia Presiden saya sama ada betul atau salah”. Itulah mentaliti mereka.
11. Di antara semua orang yang bodoh ini, negara ini akan musnah. Tetapi siapa yang peduli !!
12. Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan terpacul keluar. Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang curi tidak akan dapat menebus dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com