innity

pages

Thursday, July 21, 2016

Anak Tiri Najib Disebut Dalam Kes RM4 bilion

Tulisan : A Kadir Jasin

BERITA kilat.

Tuntutan mahkamah oleh kerajaan Amerika Syarikat menamakan Riza Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai “individu berkenaan” dalam kes 1MDB.

Demikian menurut berita kilat Reuters yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas jam 8.09 malam tadi. (Berita seterusnya di sini).


Riza adalah anak Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mandor dengan suami pertamanya. Dia adalah penerbit filem yang tinggal di Amerika.

Kiri Riza, kanan Jho Low
Berita kilat itu mengesahkan laporan terdahulu oleh akhbar New York Times (NYT) bahawa Riza, Jho Low dan bekas pegawai kerajaan Abu Dhabi,Mohamed Badawy al-Husseiny, akan disabitkan dalam satu tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat(Baca di sini).

Kes itu dijangka melibatkan rampasan harta bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dipercayai dibeli dengan wang yang disyaki dicuri daripada 1MDB.

Laporan Reuters mengatakan sebanyak AS$3.5 bilion dicuri daripada 1MDB.

NYT, dalam laporannya berkata wang itu disembunyikan dalam bentuk hartanah, karya seni dan barang-barang berharga lain.

Duit itu disonglap daripada 1MDB dan dipindahkan di sekeliling dunia secara rahsia menggunakan syarikat kosong (shell company), kata Jabatan Keadilan Amerika.

Agensi kerajaan pusat Amerika itu memohon kebenaran merampas aset-aset tersebut melalui satu unit bernama “Kleptocracy Asset Recovery Initiative” yang tugasnya mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa.

Jabatan Keadilan Amerika menyipatkan penyonglapan duit 1MDB sebagai pencurian oleh pemerintah (kleptokrasi).

Ini adalah kes terbesar seumpamanya yang pernah digerakkan oleh jabatan tersebut.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kemungkinan yang paling ditakuti oleh Mohd Najib adalah tindakan undang-undang ke atas Riza dan Jho Low.

Wallahuaklam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com