innity

pages

Friday, July 15, 2016

Adakah Sultan Selangor ekstremis? Timbalan Presiden Isma tanya Darell Leiking


Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya, hari ini mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Darell Leiking yang secara tidak langsung menuduh Sultan Selangor sebagai ekstremis.
“Adakah Sultan Selangor seorang ekstremis? Tahukah beliau bahawa hal Ketua Ehwal Agama Islam Negeri adalah di bawah Sultan?,” soal Aminuddin dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Penampang di Facebook pada 7 Julai lalu yang mengkritik kandungan khutbah khas Aidilfitri yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam kenyataannya yang merujuk satu laporan Malaysiakini bertajuk “Jais’ Hari Raya sermon lauds Hadi’s Bill, win over SIS in court”, Darell menyatakan “It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor.”
Aminuddin yang juga Ketua Biro Politik Isma berkata, kenyataan Darell terhadap khutbah JAIS adalah sangat biadab.
“Ia juga secara tidak langsung mengatakan bahawa semua pentadbir JAIS termasuk Sultan Selangor juga adalah seolah ekstremis.
“Ketika negara dilanda ancaman IS sudah tentu kenyataan ini boleh membawa konotasi yang negatif terhadap agama Islam dan kebencian rakyat terhadap institusi Islam.
Justeru, Isma mendesak supaya pihak polis segera menyiasat setelah beberapa laporan polis dibuat terhadap Darell ini,” katanya.
Beberapa laporan polis telah dibuat bagi mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemimpin PKR itu.
Difahamkan Pertubuhan JATI dan Yayasan Murni Akidah (YMA) telah membuat laporan polis masing-masing sebagai respon kepada kenyataan Darell Leiking.
Khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena sambutan Aidilfitri 6 Julai lalu menyatakan rasa kesyukuran dengan kemenangan bagi umat Islam dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam masa yang sama, ia turut menyatakan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai ‘sesat’. - ismaweb


1 comment:

  1. Org macam darel leiking akan sebabkan konflik sesama kaum dan agama. Elok polis beringat sebelum terlambat kerana akan muncul ramai lagi agen syaitan macam darel leiking ni nanti kalau tak diambil tindakan tegas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com