innity

pages

Sunday, July 31, 2016

3 Sebab Datuk Dzulkifli dari Pejabat Peguam Negara TIDAK LAYAK terajui SPRM


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan tiga sebab utama atas tindakan beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, 
Pertamanya, Dzulkifli terlalu 'junior' untuk mengepalai suruhanjaya tersebut kerana beliau perlu dinaikkan pangkat kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A tingkat tertinggi untuk dilantik untuk mengetuai SPRM.
Kedua pula ialah pelantikannya sangat tidak wajar ketika negara sedang berdepan perhatian negatif antarabangsa ekoran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membabitkan aset bernilai AS$1 bilion yang berkait rapat dengan 1MDB.
"Dzulkifli memainkan peranan penting dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion dengan terbukti, duduk bersebelahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ketika sidang akhbar mengumumkan tidak ada pertuduhan ke atas Najib pada 26 Jan yang lalu," ujar beliau.
Sebab ketiga ialah tahap kelayakan Dzulkifli untuk jawatan nombor satu suruhanjaya itu padahal beliau dan Apandi gagal untuk mengenal pasti 'Malaysian Official 1" yang dinamakan sebanyak 36 kali dalam saman DOJ itu, kata beliau.
Justeru, rakyat negara ini perlu bertanya sama ada individu yang tidak mengetahui 'Malaysian Official 1' sebagai layak dan sesuai untuk mengetuai agensi anti-rasuah di negara ini, tambah Lim.
Lim berkata demikian semasa majlis makan malam anjuran DAP cawangan Sri Kembangan semalam.
Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Ali.


4 comments:

  1. Tengok muka dah tau
    Pembodek najib
    Penjilat bontot najib

    ReplyDelete
  2. YANG SEMOLEK2 NYA YDP AGONG LANTIK LGE BARU KENA DENGAN ORANG NYA.TAK GITU BRO..

    ReplyDelete
  3. Apa LKS tahu dlm pentadbiran JPA. Mungkin LKS bimbang dan takut dgn malaysian heroes ini. Sikap dan cara LKS berpolitik sudah lama segelintir dari warga emas kita mengetahui dari dulu hingga kini. Bercakap dgn generasi Y boleh tapi bukan dari geberasi yg terdahulu. Terlalu banyak ajenda LKS yg menghiris hati rakyat generasi lama..berwaspada lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro... .Setuju. LKS tu bodoh.
      Tengok j low. Bijak. Tak menghiris hati rakyat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com