innity

pages

Wednesday, July 20, 2016

2 ditahan jual kopi guna 'kenderaan perisai tentera' di Cyberjaya

Kenderaan mirip Angkatan Tentera

PUTRAJAYA: Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan. 

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai 'food truck' bagi menjual minuman itu. 


"Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu," katanya ketika dihubungi, pagi ini. 

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. - BH


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com