innity

pages

Monday, July 25, 2016

1MDB: Pas kata DOJ boleh menjadi sebab untuk Amerika lakukan sesuatu kepada negara


Campur Tangan Asing, Jangan Fitnah PAS

Tak habis-habis hendak fitnah kepada PAS. Terbaru kata PAS bela DS Najib kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

PAS hanya mengingatkan sahaja, kita tidak mahu Amerika menjadikan isu pendedahan DOJ menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara. Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan Al Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara.


Mengenai pendedahan DOJ, sila bertindak kepada individu yang terbabit. Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti. Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab.

Penentangan PAS mengenai isu TPPA adalah asas yang sama. Tidak mahu negara luar menguasai khazanah negara. Tidak mahu penjajahan ekonomi. Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan DOJ dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat.

Ketika TPPA dibentang di parlimen, ada pemimpin parti pembangkang yang lain puji kebijaksanaan Datuk Mustafa Muhammad kerana bijak menerangkan TPPA. PAS tak tuduh parti tersebut hendak UG dengan BN.. PAS tidak tuduh parti mereka pertahankan Najib. Tidak letak parti mereka di blok BN. PAS tidak tuduh mereka proksi Amerika. Itu hak masing-masing. PAS matang, rasional dan tidak emosi.

Terpulanglah hendak tuduh dengan berbagai gelaran yang tidak enak didengar kepada PAS. Biar rakyat menjadi saksi. Terpulanglah kepada mereka. Biarlah mereka tulis macam-macam sementara tangan boleh bergerak. Tangan dia kaku dia berhentilah. PAS bukan boleh larang. Kebebasan masing-masing, mungkin beliau yakin akan menjadi amalan untuk dibawa bertemu Allah SWT, sila teruskan.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS

24/7/16

- https://www.pas.org.my

9 comments:

  1. cakap mcm org mabuk pastu tak nak org tuduh PAS bersekongkol dengan najib

    Haji Hadi, Mustafa Ali, Haron Din dan semua pimpinan tertinggi Pas kecuali Tuan Ibrahim SEMUA JADI BISU PASAL ISU 1MDB, mana pernah kutuk Najib yg berbohong rakyat beberapa kali secara jelas,

    Bila pas jadi "Syaitan Bisu" org akan kata pas bersama najib, pastu kata fitnah, adakah pas sokong penyelewengan dana negara terbanyak dalam sejarah negara

    ReplyDelete
  2. Cakap boleh lah....tanya sikit. APA PENDIRIAN PAS TENTANG KES MEGA NI? MENGAPA MEMBENARKAN PEMIMPIN MEMBOHONGI RAKYAT? TIDAK KAH ANDA JUGA SEBAHAGIAN DARI WARGA NEGARA? TAK TAHU MALU KE?

    ReplyDelete
  3. Nak siasat lagu mana dah. Campur tangan bukan asing pun dah ada. Harap Tuan Guru faham "CROSS-BORDER JURISDICTIONS".
    "Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan membuat desakan supaya Najib meletak jawatan susulan langkah Jabatan Kehakiman AS menyita aset berkait 1MDB bernilai AS$1 bilion.
    Sambil berkata ia terpulang kepada Barisan Nasional, beliau turut memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap dana negara itu.
    “Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.
    “Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar,” katanya dipetik Sinar Harian."
    - Wan Ahmad Fayhsal

    ReplyDelete
  4. Cuba tanya naib president tu...knp tak marah Najib sebab anaknya Yg buat jahat negara orang
    ...kalau betul us nak campor tangan dimalaysia puncanya dr Najib.... Faham

    ReplyDelete
  5. Cuba tanya naib president tu...knp tak marah Najib sebab anaknya Yg buat jahat negara orang
    ...kalau betul us nak campor tangan dimalaysia puncanya dr Najib.... Faham

    ReplyDelete
  6. Korang pun double standard mcm dAP, kenapa korang tak desak LGE letak jwtan bila sprm siasat LGE?, kenapa korang tak desak PAS buat pendirian bila Anwar disiasat dulu? Korang senyap dan rasa korang je betul.

    Korang kata itu fitnah dan tak cukup bukti, korang kata itu hal parti masing masing kena selesaikan. Sebb mungkin konspirasi politik.

    Kali ni PAS tak mau masuk campur biar UMNO selesaikan sendiri korang melompat marah. Bila PAS kata mungkin konspirasi Amerika korang kata PAS makan dedak.
    Ada PAS kata korang mkn dedak bila korang senyap pasal LGE? Ada PAS kata korang mkn dedak bila korang senyap SpRM sisat LGE?
    Kalai sPRM juga membantu FBI amerika utk siasat, kenapa korang tak kata FBi ni macai BN?
    Kenapa korang aje perasan bijak? Korang anggap org tak nak layan nafsu korang tu korang tuduh bukan bukan.
    Jadilah manusia berakal waras, biarkan PAS dgn cara mrk sendiri kalau korang nak satu hari nanti negara kita ni berpolitik cara org bertamadun.

    ReplyDelete
  7. Tak ada beza dgn org beri komen..stakat beri komen budak skolah pun boleh..elok semua diam jer..kita tunggu apa akan jadi..klu us campur tangan dlm negara biarkan saja..rakyat tak boleh buat apa klu asyik tuduh org sana sini..itulah kehebatan rakyat kita dan org kita..kurangkan cakap atau tulis benda yg pecah belah sesama sendiri .. klu jadi huru hara dlm negara bukan mo1''2''3 jer yg susah..semua org susah..klu x mau mau dengar nasihat org tua-tua teruskan tulis..tabur fitnah dialam maya..bidas org sana sini biar cepat jadi kelamkabut dan huru hara.. sudah 60 tahun aman bahagia .kita rasa pula jeadaan huru hara mcm di iraq..afghanistan..syiria..mesir dan sewaktu dgnnya..seronok nanti kiri kanan mati..bayi wanita dan semua bersahut tangisan..alhamdulillah..ya Allah..tunaikan lah permohonan ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com