innity

pages

Saturday, July 9, 2016

1MDB: Makin kalut jika Majlis Raja-raja tidak campurtangan untuk ‘Selamatkan Negara’.

KUALA LUMPUR: Majls Raja-raja digesa campurtangan hal 1Malaysia Development Berhad dan “selamatkan negara ini”.
Sebagai langkah pertama, Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata Majlis Raja-raja perlu berkeras laporan siasatan Ketua Audit Negara kepada Parlimen yang dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi diubah statusnya.
Langkah itu perlu memandangkan dakwaan terbaharu Sarawak Report berhubung isi kandungan laporan Ketua Audit Negara itu sangat mengejutkan.
Beliau berkata mengubah status laporan itu akan membantu mengesahkan kesahihan dakwaan Sarawak Report dan “isu-isu lain yang tidak dijawab oleh laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara”.
Beliau berkata perincian Sarawak Report yang bertujuan dijadikan suatu dedahan itu “menggambarkan keadaan kelam-kabut, percanggahan dan kekeliruan keatas pelbagai urus niaga 1-MDB”. Ia juga mendedahkan ulasan profesional Peguam Negara berhubung skandal 1MDB.
“Perkara-perkara itu perlu ditentusahkan segera,” tambahnya.
Dzulkefly berkata pendedahan Sarawak Report dedahan yang paling menjahamkan.
Beliau berkata, disamping itu, Kementerian Kewangan dan 1MDB perlu melangsaikan komitmennya kepada International Petroleum Investment Company (IPC) yang berjumlah USD$6.5 bilion (RM26bilion) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London (LICA) 11 Julai ini.
Tarikh tutup ditetapkan LCIA selepas IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS memfail pada 13 Jun 2016.
“Oleh sebab sudah jadi begini, rakyat merayu Majlis Raja-raja supaya menggunakan kuasa yang ada (Reserved Power) untuk segera campurtangan dan selamatkan negara ini.
“Kekalutan akan bertambah buruk dan rakyat akan terawang-awang sekiranya institusi tertinggi negara teragak-agak atau tidak bersungguh bertindak dan mengantarai,” katanya.

6 comments:

  1. Kata DSAI telah berlaku keruntuhan moral institusi kerajaan yang terpalit dengan gejala rasuah dan penyalahan guna kuasa. Macamana kala badan kerajaan seperti PDRM, Kehakiman dan SPRM seperti menjadi perkakasan kerajaan bagi menyelamat kedudukan seorang.

    ReplyDelete
  2. Apa nak buat. Polis dan tentera diraja cuma atas nama saja. Raja2 pun jadi Siapa Rajah....

    ReplyDelete
  3. Pengarah strategi amanah tak perlu lah gesa majlis raja-raja. Beliau sepatutnya tadbir urus amanah tu kemana nak tuju..disiplinkan parti dan ahli-ahli supaya lebih amanah dari segi percakapan dan tingkah laku. Tak perlu sentuh institusi raja dan sultan..mereka pun bijak dan pandai juga..

    ReplyDelete
  4. tak ada apa2 pun yang nak dikalutkan. admin faham ka perjalanan 1mdb tu? awat pihak anc dan pembangkang yang kononnya terror sanggup sembah WSJ dan SR? tersangat bodoh ka sampai tak boleh nak buat penyelidikan sendiri. oh ya, sebab semua berita adalah penipuan. apasal najib tak saman, sudah tentu admin tanya noo. sila rujuk UK law post-2013 berkenaan libel cases nooo, kalau tak faham english, guna google translate noooo.

    memandangkan admin percaya bulat2 temberang pasal 1mdb, kes tokong penang yang lagi straight forward sudah tentu admin musi percaya punya, ha ha. siapa nak jual below market price kalau tak ada something in return, tersangat bodoh lah...

    ReplyDelete
  5. Seorang lagi manusia bebal..... baca sebahagian laporan (yang boleh jadi di manupulasi) sebagai satu dokumen yang merangkumi segala keputusan... tak payah lah weiiiii.. menyertai amanah pun dah boleh dianggap sebagai manusia yang bodoh dan bebal... inikan pula kita nak dengar pendapat sinting dia yang bebal mempercayai SR.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya CG..orang macam kawan ni dah give-up dengan Majlis Raja-raja..tak tau lar apa manderam yang penyamun tu pakai..sampai Majlis Raja-raja pun nampak seolah-olah "takut" dengan dia. Kalau di Thai..ahli politik hatta PM sekalipun bila dipanggil Raja..menunduk tak menguit..kat sini..seolah-olah penyamun tu yang dah jadi raja...entahlah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com