innity

pages

Monday, July 25, 2016

1MDB : 'Kenyataan Shabery memalukan'


SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB sebagai perkara biasa.

Menurutnya, kenyataan Shabery Cheek amat tidak bertanggungjawab, terdesak dan memalukan.

Tegasnya, sebagai bekas pensyarah universiti, Shabery seharusnya membaca halaman 136 dalam laporan DOJ yang mengatakan A$1 bilion diselewengkan dari 1MDB.

“Beliau seharusnya baca dan faham kandungan muka surat tersebut. Selepas itu, adakah beliau akan mengeluarkan dakwaan yang sama (perkara biasa)?," soalnya.

Kelmarin, Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau percaya kerajaan akan memberikan kerjasama kerana tiada yang disembunyikan.

Katanya, apa yang berlaku perkara biasa terpaksa dilalui dalam urus tadbir negara, malah sebelum ini negara pernah berhadapan situasi lebih besar misalnya skandal Bumiputra Malaysia Finance. - Sinar Harian


7 comments:

  1. Dah kenyang dedak uncle Lim! Tak kan tu pun U tak paham

    ReplyDelete
  2. Masing2 cuba pertahankan jawatan... Bodeklah selagi bolih..

    ReplyDelete
  3. Scandal BMF pun cover up juga. Tak telus...

    ReplyDelete
  4. Selisih helicopter sakaratul-maut tidak mengugat menteri berani-mati nih.....sama jer yang nombor satu lanun.

    UMNO memang dah sanggup terima dikuburkan kut....In Sya Allah!

    Ahli UMNO sudah tidak nampak apa lagi yang perlu dipertahan UMNO-Najib nih!

    ReplyDelete
  5. Boleh explain camne skandal BMF cover up tu....

    ReplyDelete


  6. 2.18 & 3.19

    Jangan jadi bangang nak alihkan isu.
    Tak jalan.

    ReplyDelete
  7. melayu tipu melayu...cina india dan lain lain bangsa tepuk tangan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com