innity

pages

Saturday, July 23, 2016

1MDB: Di mana ULAMA DAN MUFTI berjubah panjang, soal Raja Bahrin

Ketua Amanah Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah mempersoalkan sikap membisu pemimpin dan agamawan Islam negara ini terhadap dakwaan berkait akauntabiliti dan pembaziran wang di kalangan pemimpin tertentu seperti yang kerap dilaporkan.
“Di mana para ulama dan mufti negara yang berjubah panjang? Adakah mereka hanya menjadi penyeri majlis rasmi dan penghias pandangan untuk penonton TV sahaja?” tanya ahli Parlimen Kuala Terengganu itu.
Beliau turut membidas golongan yang selama ini mengaku pembela bangsa, tetapi masih tidak memberikan respon berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Rabu lalu berkenaan salah guna wang melibatkan syarikat milik negara, 1MDB.
“Di manakah pembela ‘orang Melayu’ yang pernah berdemonstrasi kerana mendakwa hak dan harta Melayu ditipu dan dikhianati?
“Bukan hanya para ulama ulama tidak bersuara seperti sepatutnya, pejuang hulubalang ‘hak Melayu’ pun membisu seribu bahasa,” katanya.
Jabatan Kehakiman AS bertindak memfailkan saman di Los Angeles bagi menyita aset berkait 1MDB bernilai AS$1 bilion atas tuduhan salah laku dan rasuah.
Ia merupakan kes korupsi luar negara yang terbesar pernah ditangani Jabatan Kehakiman.
Raja Bahrin turut mengingatkan Putrajaya nasihat Majlis Raja-raja Melayu pada tahun lalu yang mahu siasatan telus terhadap 1MDB.
Beliau berharap pihak istana akan menggesa suatu siasatan bebas diadakan susulan perkembangan terkini.
“Sebelum itu Majlis Raja-Raja diminta mengarah kerajaan membenarkan laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diluluskan untuk dibaca oleh rakyat,” katanya merujuk laporan audit Jabatan Akauntan Negara yang kini di bawah Akta Rahsia Rasmi. - FMT

15 comments:

  1. Depa sakit perut,memulas.Jubah tak kering lagi..daa..

    ReplyDelete
  2. MUFTI DAN ULAMA TUNGGU PUAK2 ANC TUNJOKKAN BUKTI KUKUH BERSERTA FAKTA YANG LENGKAP BUKAN KENYATAAN MEMBUTA TULI.PERLU DIINGAT SESAORANG ITU TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH TERTINGGI NEGARA.PENGUAM NEGARA AMERIKA HANYA BUAT KENYATAAN MEDIA SAJA BUKAN NYA UMUM KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ag dah sekat kertas pertuduhan SPRM. AG declair dan pertahankan DSN. Memang tak jadi kes mahkamah le jawabnya.Adooiii.........

      Delete


    2. 3.32, kamu dah baca ke dokumen saman yang dibuat oleh pihak berkuasa Amerika tu?

      Jika tak baca, belum baca atau tak boleh baca, tolong simpan komen kamu tu. Jangan malukan diri sendiri.





      Delete
    3. pac dah siasat us7bilion hilang dari onemdb...pusing kemana pun kalau salah mmg gitu kelaku...ibu ketam

      Delete
    4. OOOO,JADI SETIAP PATAH PERKATAAN YANG KUAR DARI MULUT AG AMERIKA TU MACAM FATWA YANG MISTI DIPERCAYAI SERTA WAJIP DIPATOHI ATAU AG AMERIKA TU DAH BERTARAF NABI LE YER.

      Delete
    5. Masa najib buang AG siasat pegawai sprm pindahkan pegawai polis kerana siasat 1mdb kena tunggu ape pula baru boleh agamawan komen.putaqbelit

      Delete
  3. Hahaha..mamat 332pm ingat AG US saja2 nak buat pengumuman yang satu dunia tahu tanpa bukti2 kukuh ke...money trail kat luar negara mana nak cover...kat dlm malaysia boleh lar sekat sana sini..

    ReplyDelete
  4. duluu amerika sykt kata ada bomm nuklearr kat iraq ....

    sampai la niee ...ada jumpaa ka???

    skarang nie ....amerika sykt kata plakkk 1mdb ....

    ReplyDelete
  5. puki mak punya politikus
    masa nak pilih pemerintah, tak pandang pun ulama
    tak tanya/rujuk ulama atau pilih ulama
    bila dah tercekik.. baru nak tanya
    mana ulama?
    mengapa tak komen
    mengapa diam diri
    bla bla bla

    ikut Islam tak nak
    jadi barua DAP boleh pulak !!!
    di

    ReplyDelete
  6. Mamat ni faham apa sebenarnya kes yg nk difailkan....nak menyita aset. Tapi 1NDB pun tak ada aset kat US. Yg dia nk sita adalah aset yg bukan milik 1MDB.

    1MDB pun kata mereka tak ada aset di US dan tak ada buat apa perniagaan disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat ni tak faham antara wang dalam akaun 1mdb dengan wang yg dilabor oleh 1mdb diluar negara yg dah dirompak..

      Delete
  7. Kenapa Lim guan Eng Nak buat pilihanraya mengejut..MP trengganu PAN x mau tanya kah?..pls don't be hipokirit.....

    ReplyDelete
  8. Memang aset 1mdb takda tapi duit hilang hasil 1mdb itulah yg dibeli oleh pencuri dengan duit 1mdb segala aset aset tersebut.maka aset2 itu yang disita oleh DOJ.macam pengedar Dadah hasil jual dadah beli harta dan harta itulah yg dirampas..tak dapat kaitannya saya rasa perlu belajar lagi ni.tq.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com