innity

pages

Sunday, July 31, 2016

1,500 ahli Umno Sabah keluar parti, banyak cawangan UMNO tutup


Seramai kira-kira 1,500 anggota Umno cawangan dari bahagian Tenom, Sabah mengisytiharkan keluar parti semalam.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis Irau Rakyat di Tenom sambil disaksikan oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada pelbagai cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabung.
Sementara itu, Shafie ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti tersebut.
Katanya, tindakan keluar beramai-ramai itu menunjukkan bahawa akar umbi parti di Sabah bukan hanya tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Umno Pusat tetapi termasuk di peringkat negeri.
"Ini menampakkan bahawa hati mereka (anggota yang keluar parti) bukan hanya kerana keadaan pentadbiran Umno pusat tetapi juga di peringkat negeri.
"Saya yakin ini petanda bahawa kita boleh ubah (kepimpinan) negeri Sabah. Dan kesanggupan mereka untuk keluar parti itu menunjukkan bahawa mereka tahu, tanpa Umno mereka tak mati," katanya.
Selain itu, bekas pemimpin Umno cawangan Kanar Tanom, Nossil Basayu, 64, berkata beliau kini tidak percaya terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat diatasi oleh mereka.
Menurut Nossil, antara isu yang tidak diambil peduli oleh pemimpin Umno negeri ialah isu yang melibatkan rakyat terutama di kawasan kampung.
"Kita di Umno parlimen Tenom sayang pada Umno tapi oleh kerana masalah yang banya tak dapat diatasi pucuk pimpinan, bila tak dapat atasi maka kesannya pada akar umbi. Mereka tak dapat atasi isu-isu yang membabitkan rakyat," katanya yang turut memberitahu Umno di cawangannya kini terbubar selepas ke semua 96 anggotanya isytihar keluar parti.
Malah, beliau turut memberitahu bahawa Shafie menjadi individu yang mendorong mereka untuk berani keluar daripada Umno.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar Umnoselepas digantung keahlian daripada parti itu. Ia ekoran tindakannya yang dilihat lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Ekoran itu, seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap Shafie serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu juga, pada Jun, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakongmengumumkan keluar daripada Umno selepas Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna turut melakukan tindakan sama.- MK

9 comments:

  1. Jgn bagi komen nagatif ye.
    Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Jgn bagi komen nagatif ye.
    Kalau bagi komen nagatif tu mesti otak dah kena racun dgn pembangkang.
    Kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. hangat hangat taik ayam!!!!

    ReplyDelete
  4. 5.43...berani buat berani tanggung
    Rakyat meluat mulut melopong..

    ReplyDelete
  5. Jangan dikejut NAGA yang tidur.
    Buruk akibatnya.
    Tengok, apa jadi dengan Empayer MANCHU.
    Empayer yang berumur 300 tahun rosak binasa oleh ketamakan sida-sida.
    Akhirnya rakyat bangkit.
    Hari ini, yang tinggal hanya ISTANA LARANGAN sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  6. umno xkan matilah dengan keluarnya ahli2 yg xistiqomah dgn perjuangan melayu ni..die igt masing2 tu permata ke..padahal taik je semua..pengkhianat..skang kita kasi bersihkan umno dgn mahkluk2 perosak aka kepala taik ni..

    ReplyDelete
  7. Ahli ahli umno keluar lepas itu tunggu sampai bila boleh bertahan di luar. Orang2 Lajim Ukim dahulu akhirnya masuk kembali kerana tak tahan di luar tak ada tempat mengadu he he...

    ReplyDelete
  8. kena batang idung dia boleh plak komen negatif..puaka pnya perangai puak puaka...pencurik penipu makan dedak

    ReplyDelete
  9. Ooo jangan dikejut NAGA yang tidur.NAGA mana tu ratu NAGA ke? kah kah kah kah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com