innity

pages

Thursday, June 9, 2016

WSJ buat pembetulan, kata dana 1MDB A$3 Bilion dipindah ke Switzerland, Bukannya Singapura


The Wall Street Journal telah mengeluarkan pembetulan, mengatakan A$3 bilion dana bon US Goldman Sachs yang dijana untuk 1MDB telah dpindahkan ke bank BSI di Switzerland dan bukannya Singapura seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Goldman Sachs Group Inc memindahkan AS$3 bilion dalam bentuk perolehan bon daripada bulan Mac 2013 yang dikeluarkan oleh 1MDB Malaysia kepada akaunnya di Switzerland menerusi BSI SA, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.
"Versi awal artikel ini telah menyatakan secara tidak tepat yang wang itu dihantar ke akaun 1MDB di bank swasta cawangan Singapura," kata WSJ dalam nota kaki kepada artikel asal yang diterbitkan pada 7 Jun.
WSJ mengeluarkan pembetulan tersebut selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) menafikan bahawa dana bon 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun di bank-bank di negara itu.
Pada masa yang sama, pembantu perdana menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad menuduh WSJ sebagai berbohong dan cuba untuk menggugat kerajaan Malaysia.
"Walaupun keseriusan dakwaan mereka, WSJ langsung tidak memberi sebarang bukti bagi boleh menyokong tuntutan mereka - ia kini proses lazim pelaporan mereka mengenai Malaysia.
"Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka sebagai sumber yang tidak dinamakan yang dirujuk sebagai ‘mereka yang biasa dengan perkara itu' dan 'penyiasat' yang tidak dinamakan," kata Tengku Shariffuddin dalam satu kenyataan media.
Tengku Shariffuddin mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas MAS menyatakan bahawa tiada satupun bank-bank tempatan di negara tersebut menerima perolehan menerusi pindahan atas talian sebanyak AS$3 bilion dari Goldman Sachs yang telah mengatur satu terbitan bon untuk 1MDB. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com