innity

pages

Saturday, June 25, 2016

WATAK TUN M WATAK PEJUANG



Segala gempaq ugutan terhadap Tun M tidak memberi kesan apa-apa kepadanya. Dia pejuang. Dia mempunyai misi dan destinasi dalam perjuangan. Walaupun Wawasan 2020 impiannya berkecai akibat penyelewengan yang berlaku namun Tun M tidak akan berundur dan memberi selamat tinggal dalam politik. Seorang pemimpin yang punya destinasi perjuangan yang sakral tidak mudah luntur oleh ugutan. 

Dia bukan pemakan dedak yang tak bermaruah, hidup sebagai badut, menyalak seperti anjing gila, menjadi pengikut bodoh seperti lembu dan kerbau, Dia pernah dipecat dari UMNO kerana menentang arus, pernah dihina oleh para perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu untuk menjadi salah seorang perwakilan ke persidangan UMNO namun Mahathir tidak peduli dengan segala penghinaan terhadapnya.

Taraf pemikiran politik Mahathir bertaraf dunia, bukan taraf badut-badut kucing korap yang menjadi kuda kayu, kuda kepang dalam politik hari ini. 

Lagi kuat penghinaan kamu terhadap Mahathir lagi kental perjuangannya untuk menumbangkan Najib yang membawa bala kepada rakyat, ugama dan negara.

Kamu boleh pujuk atau upah pemimpin-pemimpin Pas kelas kambing, musang berjangguit untuk menyokong kemungkaran dan mengecam Tun M. 

Dia tidak peduli. Dia yakin Allah dan rakyat menyokong perjuangannya. Dia yakin dia akan menang walaupun kini dia menerima berbagai tekanan jiwa yang boleh melemahkan api perjuangan pemimpin yang lemah semangat.

Ingat kuasa yang kamu miliki bukan hak mutlak kamu. Ia hanya pinjaman dari Allah. Allah akan membuktikan kuasaNya dalam berbagai cara. 

Mereka yang tidak berpegang pada tali Allah, berstatus penyamun, perompak, lanun, para naga dan buaya tembaga akan hancur luluh oleh bala Allah yang menimpa kelak. 

Kini sudah nampak bunga-bunga kehancuran. Kalau syaitan dan puaka menjadi teman untuk mengekalkan kuasa jangan salah ibu mengandung kalau kalian dihancurkan oleh syaitan dan puaka yang menjadi teman kamu itu. 

Yahaya Ismail

4 comments:

  1. Setuju amat amat dengan Tuan Yahaya.

    Semoga Allah pelihara kesihatan Tun Dr Mahathir sepanjang masa.

    Amin .......

    ReplyDelete
  2. Pemimpin IDOLA....Jasa TM selama 22 tahun kekal terpahat kukuh di sanubari..sya hanya rakyat biasa...

    ReplyDelete
  3. Jauh benor bezanya Tun M dgn Ku Li, Ahmad Badawi, Musa Hitam. Utamakan jawatan dan kendur dgn tekanan, Tapi Tun M mmg berani. Ugut diruntuh legasi dan nama negarawan pun dia tetap berdiri dgn keris perang dan perisai.

    Boleh dijadikan bhn kajian.

    ReplyDelete
  4. Kerana dasar yg beliau laksanakan saya berada di tempat saya sekarang. Berupaya keluarkan diri drp kepompong kemiskinan dan kejahilan. Terima kasih Tun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com