innity

pages

Thursday, June 2, 2016

[VIDEO][DULU PAS hina UMNO KERANA assabiyah MELAYU] Sekarang Hadi julang keris, potong pulut gergasi


Upacara 'menjulang keris' sebelum ini hanya dikaitkan dengan pemimpin Umno dalam himpunan tahunan mereka, sebelum ia dihentikan beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini pula mencuri perhatian apabila menjulang keris replika gergasi, berukuran sekurang-kurangnya dua meter panjang.
Ketika merasmikan Muktamar ke-62 parti Islam itu di Kota Bharu, Hadi menggunakan keris gergasi untuk memotong kek pulut berwarna hijau dan putih yang menyerupai warna bendera parti itu.
Sebelum itu, keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam.
Lelaki itu diapit dua lagi lelaki lain yang berpakaian seperti pakaian Bentara Istana Melayu lama.

Di belakang mereka, sekumpulan lelaki yang memakai pakaian silat membawa kek pulut gergasi berkenaan dengan cara mengusungnya di atas alatan seperti tandu.

Mereka muncul dari pintu masuk ke pentas utama diiringi tiupan serunai dan gendang yang sering digunakan semasa acara silat, sebelum keris berkenaan diserah kepada Hadi.

Hadi, dibantu oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, kemudian memotong kek pulut itu di tengah-tengah sorakan dan tepukan daripada perwakilan yang turut melaungkan Allahuakbar.
Pada majlis sama, para penyokong PAS yang terdiri daripada ahli bukan Islam membaca ikrar untuk menyatakan sokongan kepada Hadi dan PAS.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan pemimpin parti yang lain memilih untuk berpakaian ala pakaian pahlawan Melayu lama.
Pakaian itu mendapat perhatian kerana berbeza dengan pakaian kebiasaan pemimpin PAS yang hanya berjubah atau berbaju Melayu biasa.


Apa Sudah Jadi Dengan PAS?

Shahbudin: Apa sudah jadi kepada Pas sebenarnya? Kenapa baru sekarang mahu menunjuk ciri-ciri keMelayuan sedangkan berpuluh-puluh tahun lamanya hanya ciri Islam yang ditekankan?

Apa tujuan perubahan ke arah Melayu ini dilaksanakan? 

Tidak memadaikan dengan Islam saja dijadikan modal dendangan dalam perjuangan, lalu soal bangsa juga mahu diheret sama?

Apakah Pas akan mula menyeimbangkan resepi  agama dan assabiyah dalam hidangan perjuangannya selepas ini atau sewalnya bermula di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

Mungkinkah selain Allahu Akbar, kita juga bakal mendengar laungan Hidup Melayu di mana-mana program Pas tidak lama lagi?

Akhirnya, mana satu slogan yang betul - "Pas ganti UMNO" atau "Pas bersama UMNO?" 

6 comments:

  1. Biarlah PAS bersama UMNO...... InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Well, jangan lupa perjuangan Hadi merampas PAS dari Dato Asri dengan begitu angkuh dan kurang ajar sekali: Dilaungkan kalimat 'mampus' berselang seli pula dengan AllahuAkhbar.

    Hari ini????

    PAS tidak akan ada lagi pemimpin yang bijak dan waras seperti Dato Asri. Yg ada extremis yang hanya bila tersepit, terhimpit baru sedar mereka MELAYU bukan Arab atau Parsi!!!

    ReplyDelete
  3. Betul tu

    Nuk ajis dan pasangannya lahirkan seekor 'satan' ke dunia nih

    Inilah legasi ularmak besar Nik ajis...

    Satan yg fitnah org mabuk sambil pakai kostum kurun1

    ReplyDelete
  4. Malaysiabaru... Kau nie species haramjaddah pukimak babi sial celaka kau dok ikut Mahazalim, Mahacelaka pukimak mamakkutty mahathir apsal.. kau senang senang panggil orang setan kau dah jumpa ker setan.. atau kau sebenarnya setan!!

    tak payahlah kau nak bangga kalau jadi pengikut air lendiq mamakkutty mahathir haramjaddah yg tak bileh mati sebelom rahsia besar perompak dan lanun di ketahui umum.

    sial lah celaka mak bapak kau...

    kalau kau tak maki aku pon tak maki juga..

    ReplyDelete
  5. Apa nak sibuk-sibuk... baiklah klu umno dan pas bersatu. Untung bagi Islam melayu. Yang tak suka pas dan umno bergabung rasanya bukan Islam Melayu. Kalau mereka suka mereka adalah dlm golingan Islam. Itu saja..mudah..

    ReplyDelete
  6. Selagi org Melayu/bumiputra tak bekerjasama maka selagi itulah org2 Melayu akan di buli oleh DAP

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com