innity

pages

Thursday, June 16, 2016

VIDEO Viral Pemandu Kereta Warga Singapura BULI HIMPIT Penunggang Motosikal


JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan menerima laporan kes buli jalan raya yang diviralkan dalam laman sosial melibatkan sebuah kereta dipandu oleh warga negara Singapura dan seorang penunggang motosikal tempatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, video buli kes kejadian kemalangan yang berlaku pada Selasa lepas, kira-kira jam 3 petang di Kilometer 11 Jalan Tebrau, di sini menghala Kota Tinggi telah diviralkan di Facebook atas penama Cherry Yong.

"Penama berkenaan telah mengeluarkan komen mengenai kes buli jalan raya itu yang mana ia telah mendapat 49 komen pengikut akaun itu melahirkan rasa tidak puas hati serta menjadi kesukaan seramai 270 individu.

"Laporan polis telah dibuat oleh pemandu kereta itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

"Kita masih menunggu penunggang motosikal yang diviralkan dalam klip video melalui akaun facebook itu tampil membuat laporan polis," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Justeru, Sulaiman menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan salah faham.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan dengan adil bagi mengelakkan isu ini menjadi viral dan disensasikan.

"Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut dan perakam video itu tampil menjadi saksi dan hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah JBS atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suraya Bidi di talian 07-2237977.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mengamalkan sikap bertimbang rasa ketika memandu kerana polis akan mengambil tindakan bagi mengesan dan memburu pesalah-pesalah jalan raya ini habis-habisan," katanya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com