innity

pages

Tuesday, June 21, 2016

[VIDEO TAZKIRAH] EXCO P.Pinang PKR Abdul Malik berang PAS dedah DAP dan kafir lawan Islam

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PAS dikatakan menyebarkan “fitnah” Pulau Pinang telah mengharamkan azan, kata EXCO Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim.
Malik berkata Ketua Bahagian PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah menyampaikan tazkirah yang didakwa membuat kenyataan itu di sebuah masjid dua minggu lalu.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya mengenai menyebarkan mengenai kebaikan agama ini, membincangkan perbuatan baik para nabi, tetapi digunakan sebagai pentas politik untuk menyebarkan penipuan.
“Amat dikesali fitnah sebegitu rupa dituturkan dalam sebuah masjid di bulan suci Ramadan,” katanya dalam satu sidang media di Komtar hari ini.
Shaharuddin didakwa berkata: “Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan tuan!”
Video tazkirah itu dikesan dimuatnaik ke Youtube dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah di Padang Serai, Kedah.
“Saya berharap Shaharuddin meminta maaf kepada kerajaan Pulau Pinang segera, kerana klip video itu telah menjadi viral,” kata Malik.

4 comments:

  1. Jikalau ada kebenaran apa yg didakwa, itu bukan pokitik tp usaha mempertahankan syiar islam maka wajib pendakwah menyebarkannya.
    Soalnya, betul atau fitnah yg kena didedahkan.
    Melihat kpd rekod DAP yg terang terang anti islam, masakan lalang bergoyang tanpa ada anginnya.

    ReplyDelete
  2. Dia ajar...amalan agama baru..yg ada kafiat dlm salat....apa nak jadi dgn masjid berkenaan..berhati hatilah..

    ReplyDelete
  3. Saya tinggal di Pulau Pinang. Boleh azan.

    ReplyDelete
  4. Semua masjid boleh azan..chuma ceramah ugama terhad kepada in-house speakers untok jemaah sahaja. Dulu cheramah ugama melalui out-door speaker... kalau dah tak boleh azan rasa boleh kerat lah leher sapa yg buat keputusan tu...tak kira lah leher Malik Itik ke leher guan eng ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com