innity

pages

Friday, June 24, 2016

[VIDEO] Respon IGP kepada Amaran IS: BALIKLAH KALAU BERANI, KITA TIDAK GENTAR


Polis tidak gentar dengan ugutan kumpulan Negara Islam untuk menimbulkan kekacauan di Bukit Aman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Jangan cuba nak gertak kami, walaupun kita tidak memandang ringan ugutan dibuat oleh kumpulan ini.
“Kalau nak buat ugutan dari jauh beranilah. Balik la,” katanya selepas melancarkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.
"Kita akan tingkatkan kesiapsiagaan kita, dan kita tidak gentar dengan ugutan yang dibuat melalui video oleh IS," tambahnya.
Khalid mengulas ancaman IS dalam video yang dikeluarkan pada hari Selasa, yang turut memaparkan seorang akyat Malaysia berperang di Syria.
Ancaman itu berbunyi: "Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi. Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”
Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa IS mungkin melancarkan serangan dalam tempoh enam bulan ini, Khalid tidak menafikan kemungkinan itu.
Bagaimanapun katanya, polis tidak meningkatkan tahap ancaman itu, yang telah diturunkan dari 'tinggi' selepas ketegangan serangan Jakarta, Januari lalu susut.
Namun beliau berkata seluruh pasukan polis berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam memantau aktiviti kumpulan berkenaan di negara ini.
Katanya, ia termasuk pemantauan di sempadan yang dijadikan laluan mereka keluar masuk.
"Kawalan keselamatan (di pintu sempadan) memang ditingkatkan. Kita yakin petugas di pintu masuk akan lebih berhati-hati dalam membuat tapisan mereka yang masuk dari sana," katanya.
Beliau juga menggesa kawalan keselamatan di tempat-tempat awam juga dipertingkatkan. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com