innity

pages

Sunday, June 5, 2016

VIDEO Pemimpin PAS dan UMNO makan satu meja, mesra di Sg Besar


Pemimpin PAS dan UMNO dilihat bersatu menjamu selera bersama-sama ketika menunggu pengumuman penamaan calon PRK Sg Besar.

Duduk semeja bersama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ialah pemimpin PAS, termasuk Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Manakala pemimpin UMNO yang turut serta ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.







Pemimpin PAS yang berpakaian tradisional Melayu di Muktamar ke-62 di Kelantan yang baru berlalu, menunjukkan parti Islam itu mengikuti jejak langkah Umno.

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, mereka juga orang Melayu dan ini bermakna mereka sokong apa yang dilakukan apa yang diperjuangkan UMNO untuk orang Melayu dan rakyat berbilang kaum negara ini.

Beliau berkata demikian di Sungai Besar hari Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com