innity

pages

Saturday, June 25, 2016

[VIDEO KENYATAAN PEKERJA] 60 Pekerja Kilang Roti High 5 DIBERHENTIKAN Serta Merta


KILANG ROTI HIGH FIVE DITUTUP, 60 PEKERJA TERKEJUT DIHENTIKAN SERTA MERTA!

Kilang roti High Five Marketing/Distribution yang beralamat di Seksyen 21, Shah Alam Selangor, dengan tiba-tiba memberhentikan kerja lebih 60 para pekerja pada 23hb Jun 2016. Mereka diberikan notis satu bulan bermula 23hb Jun 2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb Jun 2016.

Penutupan kilang dan pemberhentian kerja ini dilakukan dengan tiba-tiba tanpa apajua makluman awalan.

Pekerja amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan renti kerja dan baki gaji akan dibayar.

Justeru itu, para pekerja High Five telah mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengutarakan tindakan majikan yang sungguh tidak bertanggungjawab menghentikan kerja mereka dengan tiba-tiba. 



ROTI HIGH FIVE.
.
Tabung Haji beli saham dan pemilk dalam Siverbird Group. Pemegang besar dalam Siverbird Group adalah Berjaya Group, Lembaga Tabung Haji(LTH) and Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.
.
Dalam Sivervird Group ada produk jenamanya Roti Hi- 5. 
.
Siverbird rugi rm90 juta dan gulung tikar. Hi-5 menguasai 10 peratus pasaran roti di seluruh negara pada satu ketika dan mempunyai lebih 30 jenis roti di pasaran .
.
Masalah bermula pada tahun 2012. Ada lompag dalam pengurusan. Mereka juga menggunakan mesin lama yang tidak diperbaiki. Kekurangan aliran tunai (cashflow) menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan dari 12,000 kepada 7,000 outlets, menyebakan penguasaan pasaran berkurang dari 10 kepada 8%.
.
Apabila masalah begini, pengurusan akan buat dua perkara:
.
# Mengumpulkan tunai untuk meneruskan operasi.
Ini isu "corporate sustainability".
# Memberhentikan tempat " bleeding". 

Soalnya tahukan mereka dengan melihat kertas lapuran sahaja tempat yang luka parah itu. Apa yang nampak tidak semestinya tempat itu luka di situ. - 
Roslan Ab Hamid

6 comments:

  1. Nk buat mcm mana.itulah Adat berniaga Ada rugi dan untung.kenalah berusaha cari kerja lain. Ramai lagi yg kena buang kerja tiba2 Dan bernotis tp hidup mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  2. Zaman Tun takder cam ni....zaman najib je.

    ReplyDelete
  3. Lar..TH invest dalam company ni ker? sapa punya idea? walau dah let go pun...awal2 ptt tak yah invest pun..rasanya kilang roti ni yang didedahkan sangat kotor..sampai terpaksa dia gunakan Harun Din masa tu utk thumbs up produk dia. Masa banjir besar kat Segamat dulu...roti gardenia semua habis stok..roti ni berlambak atas rak takder org nak beli disbbkan kes kotor tu...pelik lar pulak tetiba TH beli company ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hidup najib hidup am no..

    ReplyDelete
  5. Hidup am no.....meqempat la melayu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com