innity

pages

Saturday, June 4, 2016

Ustaz Dr. Zaharuddin JELASKAN Hukum BALU DALAM IDDAH jadi CALON PILIHANRAYA


BALU DALAM IDDAH MENJADI CALON PILIHANRAYA?

Ada beberapa individu dan media yang bertanya pendapat saya berkenaan balu yang di dalam iddah menjadi calon, walaupun telah ada ulasan dari beberapa mufti, saya masih merasa perlu menyatakan pandangan saya secara ringkas dan sepadat yang mungkin. Ringkasnya, saya TIDAK SETUJU balu menjadi calon dalam tempoh iddah dan berpendapat agar anak al-marhum atau selainnya lebih layak menjadi calon.

Saya menjawab secara akademik dan tiada sebarang sentimen politik kepartian. Pandangan tidak setuju saya ini adalah didasari beberapa aspek :

Asasnya perlu diingat berdasarkan surah baqarah ayat 234, waktu iddah balu bagi suami yang mati adalah 4 bulan 10 hari.

Ia juga datangnya dari hadis sahih :-

لَا يَحِّلُ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْأَخِرِ أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيْتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk dia berkabung atas kematian seseorang lebih dari 3 hari melainkan kepada suaminya. Dia perlu berkabung selama 4 bulan sepuluh hari." (Riwayat al-Bukhari)

Hukum berkabung selama 4 bulan 10 hari adalah WAJIB menurut sepakat para ulama dari 4 mazhab bagi perempuan yang kematian suaminya.

Ulama 4 mazhab menegaskan wanita yang kematian suaminya yang masih dalam tempoh iddahnya wajib mendiami rumah yang didiami bersama suaminya ketika suaminya masih hidup. Dalilnya adalah firman Allah:

لاَ تُخْرِجُوْهُنَّ مِنْ بُيُوْتِهِنَّ
Ertinya : "Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri yang diceraikan dari rumah yang telah mereka diami bersama suami mereka." (Surah at-Tahrim : 1)

Nabi saw bersabda kepada Furaiah bt Malik yang kematian suaminya:
أمكثي في بيتك الذي أتاك فيه نعي زوجك حتى يبلغ الكتاب أجله
Ertinya: "Duduklah di rumahmu (rumah yang telah didiaminya bersama suamimu) sehingga habis masa yang ditetapkan al-Quran (4 bulan 10 hari)." (Riwayat Ibn Maja : Abu Daud, Ibn HIbban dll : Status  Sahih)

PENGECUALIAN UNTUK BOLEH KELUAR

Namun begitu, memang benar, hasil dari satu hadis di bawah, terdapat pengecualian untuk keluar rumah bagi tujuan-tujuan mendesak dengan syarat tidak bersolek dan tidak mengenakan pakaian yang menarik yang boleh menarik lelaki kepada dirinya dan beberapa syarat lain. Ini berdasarkan hadis Jabir ra , beliau berkata:

طلقت خالتي ثلاثا فخرجت تجذ نخلها فلقيها رجل فنهاها. فذكرت ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: فجذي نخلك لعلك أن تتصدقي منه أو تفعلي خيرا
Ertinya : "Ibu saudaraku telah diceraikan talak tiga. Semasa tempoh iddah, dia telah keluar untuk mengait buah kurma. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menegahnya keluar (kerana dalam tempoh iddah). Lalu ibu saudaraku menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah saw. Nabi pun bersabda : Kaitlah buah kurma mu. Mudah-mudahan kamu dapat bersedekah daripadanya atau dapat buat sesuatu yang baik. " (Abu Daud dan Nasaie ; Status : Sahih)

Hasilnya, para ulama pelbagai mazhab termasuk mazhab al-Syafie memberikan beberapa pengecualian untuk keluar di waktu siang hari, antaranya  :-

a. Boleh keluar rumah kecuali HAJAT untuk diri sendiri seperti untuk rawatan diri and keluarga,
b. Keluar menyambung kerja sedia ada sebelum kematian suami disebabkan perjanjian terdahulu.
c. Terpaksa keluar cari rezeki untuk diri dan anak (masih kecil) khususnya memang tiada cukup wang simpanan yang cukup untukbelanja sepanjang tempoh iddah.
d. Keseorangan di rumah dan ketakutan, perlukan teman berbicara untuk kerehatan emosi diri etc.

Sebagai contoh disebut oleh Ibn Qudamah untuk pengecualian keluar siang hari :
فإنه مظنة قضاء الحوائج والمعاش ، وشراء ما يحتاج إليه
Ertinya : harus keluar siang kerana itu menjadi tempat yang difahami bagi mendapat keperluan dan kehidupan, serta membeli barang keperluan (Al-Mughni)

Persoalan sekarang adalah, adakah menjadi calon pilihanraya BOLEH TERMASUK DALAM HAJAT YANG dibolehkan itu?

Beberapa ilmuan di Malaysia menyatakan keharusan dengan syarat, namun bagi saya keperluan menjadi calon TIDAK MEMENUHI CIRI HAJAT DARI HADIS DAN JUGA YANG DINYATAKAN OLEH PARA ULAMA MUJTAHID SILAM.

Justeru,  menjadi calon pilihanraya dalam sistem demokrasi, yang bakal dipenuhi seluruh kawasan parlimen dengan gambarnya,  malah calon terpaksa berkempen walau menggunakan medium video adalah lebih bersifat TAHSINIYYAT dan bukan pada tahap dharuriyat dan hajiat. Ini adalah kerana :-

1. Balu tiadalah terkenal sebagai orang politik sebelum kematian suaminya, maka dia bukanlah seorang yang dianggap MESTI bertanding bagi menyambung gerak kerja almarhum suaminya.

2. Balu diyakini mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk hidup stabil sepanjang tempoh iddah. Maka tiada terdesak baginya untuk keluar atau bertanding pilihanraya sebagai tugasan baru mencari nafqah.

3. Kerja sebagai calon pilihanraya sangat TIADA dalam keperluan dirinya yang mendesak dari sudut hukum fiqh Islam, tidak pula menjadi keperluan buat masyarakat setempatnya yang seolah MESTI memerlukan balu ini bertanding, sehingga jika tanpanya maka masyarakat setempat akan 'lumpuh' & gagal berfungsi.

4. Terdapat begitu ramai calon lain yang boleh bertanding dan lebih layak dari balu dari sudut kekuatan pengalaman, amanah dan tubuh serta emosi. Jika masih mahukan keluarga al-marhum menjadi calon maka anak al-marhum adalah yang paling sesuai.

5. Kerana balu sedang dalam tempoh emosi dan psikologinya perlukan masa bersendiri atau tempoh bertenang selepas kematian mengejut suaminya. Sukar digambarkan dalam tempoh sebegitu dia dibebankan dengan tugas yang di luar bidangnya juga dengan pelbagai serangan isu politik yang akan dihamburkan terhadapnya.

6. Hajat yang disebutkan oleh ulama juga mesti difahami, iaitu untuk kebaikan diri balu yang sedang bekeperluan menguruskan diri setelah kematian suami. Bukanlah hajat itu menjadi calon pilihanraya yang bukan merupakan keperluan asasinya.

Saya merasa gusar melihat trend beberapa ilmuan agama yang dengan mudah mengharuskan dengan hujjah 'Keperluan' atau 'Hajat' sedangkan wujud dalil khusus berkenaan larangan. Manakala pengecualian pula mestilah sehingga berada pada tahap hajiat dan bukan tahsiniyyat.

Demikian pandangan ringkas saya bagi menjawab soalan yang diutarakan. Wallahu 'alam.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

10 comments:

  1. Satu pencerahan yang benar dan tulen kerana tidak terikat dgn konflik kepentingan diri dan tidak terikat dgn jawatan yang digajikan pihak berkepentingan.

    ReplyDelete
  2. Islam meraikan perbezaan pendapat tapi bukan dlm hal berkaitan akidah...pendapat ustaz dan tuan mufti semuanya betul...jadi usahlah bergaduh

    ReplyDelete
  3. bODOH LAH KAU NIE...

    BONGGOK...INI BUKAN KES CERAI... TAPI INI KES KEMATIAN.

    SI SUAMI ADALAH SEORANG PEMIMPIN MASYARAKAT TEMPATAN... PUNCA PENDAPATAN KELUARGA DAN LEBIH LAGI BANYAK URUSAN YANG DIJANJIKAN SUAMI DI DALAM PENGETAHUAN SI ISTERI TIDAK TERTUNAI DISEBABKAN KEMATIAN.

    ISLAM BUKANLAH SUATU AGAMA MENYEKAT PENGANUTNYA APATAH LAGI DEMI KEPENTINGAN ORANG RAMAI MESTILAH DIDAHULUKAN.

    JIKA SEKIRANYA INI PILIHANRAYA UMUM, CALON DIISTIHAR SEBAGAI CALON BELIAU MENINGGAL SEBELOM PILIHANRAYA DAN DI DALAM TEMPOH PILIHANRAYA DIGANTIKAN DENGAN ISTERI SEBAGAI CALON INI BARULAH SALAH.

    JIKA TIDAK DIBERIKAN HAK KEPADA SI ISTERI UNTUK MENYELESAIKAN PERMASALAHN DAN TANGGUNGJAWAB YG DIJANJIKAN DIKETAHUI OLEH SI ISTERI DI DIAMKAN ..INI LAGI SALAH.

    MELETAKKAN CALON PENGGANTI YANG LAIN SPT ANAK PULA ANAK MENIMBOLKAN SUASANA TIDAK AMAN, BILA DIKATAKAN CALAON INI AKAN DIKONTROL DAN DIKAWAL PERBUATAN OLEH SI IBU BALU SI MATI.

    KEPENTINGAN UMUM DAN AWAM MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI, ITULAH ASAS PENCALONAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CERAI jugok Kes nihh...namanya BerCerai Mati...jgn mudah kata Bodoh kat org kalu kita sekadar boleh berhujah dgn Logik AKAL semata-mata...

      Delete


    2. Anon 1.00

      Sungguh indahnya bahasa yang kamu gunakan ini.

      Mungkin seindah akhlak kamu juga.

      Beruntung sangat mereka yang menjadi ibu/bapa/suami/isteri/ anak/ abang/kakak/adik kamu.

      Hebat sungguh!


      Delete
    3. Biadap la kau ni..kalau ilmu agama baru tahap sekolah menengah g la belajar lg..

      Dgn bahasa yg kuramg ajar n capital letters all the way, apa yg kau cuba buktikan kat sini?

      Bila org yg jahil agama cuba nak nasihatkan org lain n tunjuk pandai, gini la rupanya..

      Byk lg anak jati kuale yg layok nak jd calon yob oii..pi la belajaq lg mcm mana islam syariatkan dlm memilih pemimpinnya..

      Senang la cerita mcm tu pas ni..mana2 politicians yg meninggal tak payah susah nak cari pengganti..kita amek bini dia ja..janji bini dia dah jd ahli parti politik..mmg nakmur malaysia mcm ni..bagoos

      Delete
  4. Bersetuju dengan Ustaz Dr. Zaharuddin, kerana Dr. dipangkal namanya serta hujah2 yang diberikan membuktikan beliau seorang yang mendalami hukum hakam Islam & tidak condong/memihak kpd politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro jgn amek hati dgn anon 1.00 pm tu.
      Dia tu Drs randuk.

      Delete
  5. Mudah difahami komentar Dr Zaharuddin Ab Rahman.......

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah penjelasan yang jelas drpd Ustaz....

    Bagi Anon 1:00, jangan lah sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang tidak elok sekiranya tidak bersetuju dengan apa penjelasan drpd Ustaz Dr.Zaharudin.......nanti perkataan yang dikeluarkan akan balik kepada kamu semula dan pada masa itu baru tahu akan perasaan kamu..

    Muga ALLAH mengampuni akan perbuatan kamu itu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com