innity

pages

Saturday, June 25, 2016

UMNO Pagoh TOLAK KEPUTUSAN pemecatan Muhyiddin, Mukhriz


MUAR, Sabtu – UMNO bahagian Pagoh sepakat menolak keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno, semalam.
Ketua Penerangannya, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.
“MT dan Perlembagaan UMNO disalah guna oleh Presiden dengan mengenepikan amalan demokrasi dalam parti di mana Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak daripada awal penggantungan beliau.
“Selain itu, pemilihan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan sebelum ini dibuat berdasarkan sokongan daripada ahli parti seluruh negara.
“Jadi kami sebagai ahli berasa dikhianati dengan keputusan MT,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, tindakan Muhyiddin menegur Presiden sebelum ini adalah bertujuan memperkukuhkan parti.
“Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.
“Maka, tindakan MT memecat Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli UMNO Bahagian Pagoh serta merosakkan perpaduan dan keutuhan parti,” katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO berkuat kuasa semalam
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi (MT) menerima laporan Lembaga Disiplin mengenainya.
Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik kepemimpinan Najib yang terbabit dalam skandal wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri serta isu syarikat pelaburan negara yang diselubungi hutang terbesar dalam sejarah negara – 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - IM

2 comments:

  1. UMNO sekarang mana ada procedure bro. Ikut pada Najib je. Tak payah nak bising2. Bubar je UMNO Pagoh. Biarlah penyokong rasuah buat bahagian pagoh baru pakai duit haram najib razak.

    ReplyDelete
  2. Bubar je bahagian @ cawangan, yb2 yg x stuju n bdiam sblm ni letak ja jawatan dlm umno termasuk kluar beramai dari xpayah nk syg lagi dgn parti klau presiden dh mcm diktator..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com