innity

pages

Wednesday, June 15, 2016

[UMNO LAWAN UMNO] Datuk Md Alwi, Adun UMNO Kok Lanas BANTAI Nazri Aziz kerana HINA KELANTAN


YB Datuk Hj Md Alwi Hj Che Ahmad, Adun Kok Lanas yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan telah membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dilihat cuba membuat kenyataan yang sinis tetapi telah menghina rakyat Kelantan.

Nazri sebelum ini menyatakan bahawa Kelantan memerlukan undang-undang hudud kerana jenayah terlalu banyak di negeri ini mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak.

“Cerita penghinaan kepada kami orang Kelantan.. Saya amat terasa pedih dan terhina dgn cara Menteri Nazri Aziz sebut dengan gaya perli dan sinis kepada Kelantan.

“Kenapa sampai begitu sekali..jangan lupa bahawa isteri saudara juga (yang terbaru) adalah gadis kelantan..” katanya dalam status laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Md. Alwi  berkata, sebagai seorang Menteri yang berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri, Mohamed Nazri sepatutnya menunjukkan kebijaksanaan beliau.

“Saya tahu niatnya untuk sinis dan cuba untuk jadi sarkastik tetapi ramai orang Kelantan terguris. Pohon asingkan, pandangan Nazri dan UMNO. Nazri hanya mewakili dirinya, wallahualam. Selamat Berpuasa,” katanya.

4 comments:

  1. Balun je nazri celake ni

    ReplyDelete
  2. Dera nazri ni..ikat dipokok
    Rotan

    ReplyDelete
  3. Apa hal bodoh sangat dua org ni..mcm bebudak..hal kecik mcm ni pun nak masuk blog..org klante ni hebak sangat ko..kecek sikek maghoh..meme beto kato mentri tu..rama orghe klate yg jahak..gdebe..dan ghama gkok hok baik de alim..kito sghupo abe..bersalaman lah sesamo kito abe..jange baloh...ghughi abe..

    ReplyDelete
  4. Ooooh !!! Ada new branch rupa nya .Tak pa bagus ler tu .Cuma terkilan take bagi tau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com