innity

pages

Tuesday, June 28, 2016

UMNO Bhg Semporna TERBUBAR, Semua AJK, 300 Ketua Cawangan Letak Jawatan


UMNO Bahagian Semporna di Sabah telah terbubar secara rasmi dengan perletakan jawatan dan tindakan keluar parti seluruh Jawatankuasa bahagian bersama 300 ketua cawangan. Beribu-ribu ahli biasa Umno Sabah dijangka menyusul mengambil tindakan sama.






10 comments:

  1. IKUT SUKO MUNG LA NOK TUBIK KO NOK MASOK,KITA MEMEY AMAL DASAR DEMOKRASI TERPIMPIN

    ReplyDelete
  2. Tahniah semporna
    Cayop sabah

    Tubuh parti baru
    Perintah sendiri macam selangor. Ppinang. Kelantan

    Duit urus sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tubuh parti baru pun bukannya boleh perintah terus macai mamak ooi... Silap-silap bertanding ke longkang juga nanti

      Delete
  3. Tahniah sabah

    Tubuh parti baru
    Guling najib

    Ranapkan bn tu

    Sabah banyak hasil ekonomi

    ReplyDelete
  4. Pendapat saya

    Johor tubuh parti bangsa johor
    Kedah parti aman
    Sabah parti bayu

    Gabungkan membentuk pakatan negara

    Gulingkan najib

    Runtuhkan bn

    Dah bosan dengan drama bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMEY BULEH TUBOH PARTI BARU BILO2 MASO JAH, MASAALAOH NYO ADO BERAPO KERAT PENYOKONG KITA,KALU TAKAT SATU BAHAGIAN ADO 17 OREY PENYOKOMG LUPA JER CITA2 ANDA.

      Delete
  5. UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun beberapa anggota jawatankuasanya bertindak keluar dari parti itu semalam, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

    Beliau berkata UMNO Bahagian Semporna akan terus wujud kerana ramai pemimpin berkelayakan yang mampu menggalas tanggungjawab parti itu.

    “UMNO Semporna akan berfungsi seperti biasa kerana selain mempunyai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, naib-naib ketua Pemuda dan Wanita bahagian masih bersama UMNO Semporna,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Naib Ketua UMNO Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong kononnya 300 cawangan UMNO Bahagian Semporna bertindak keluar parti selepas Naib Presiden yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal digantung keanggotaannya.

    Semalam, Jaujan berkata selain dirinya, Ketua Pemuda Semporna Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya serta 300 ketua cawangan bahagian itu memutuskan keluar parti.

    Keputusan itu dibuat selepas mereka menghadiri mesyuarat Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian itu yang dipengerusikan Jaujan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan.

    Bagaimanapun, Zakiah hari ini menafikan keluar dari UMNO sebaliknya menegaskan bahawa beliau masih Ketua Puteri bahagian itu.

    Ramlee mendakwa semalam, Mohd Shafie menganjurkan majlis berbuka puasa di kediamannya tetapi hanya kira-kira 50 ketua cawangan daripada 503 cawangan UMNO yang menghadiri majlis itu.

    Bagaimanapun, Mohd Shafie tiada di majlis itu kerana sedang menunaikan umrah di Makkah.

    “Ramai di antara mereka tidak mengetahui tentang rancangan membuat pengumuman keluar UMNO itu,” katanya.

    Menurutnya daripada 28 AJK UMNO Bahagian Semporna, cuma 18 menghadiri majlis itu dan daripada jumlah itu, hanya lima atau enam adalah AJK yang memenangi jawatan dalam pemilihan parti manakala yang lainnya dilantik.

    — BERNAMA

    ReplyDelete
  6. Duit urus sendiri?

    Pulau Pinang dengan Kelantan asyik mintak bantuan kewangan kerajaan pusat aje

    ReplyDelete
  7. Ini bererti betapa perlunya parti tunggak sesebuah kerajaan gabungan itu sentiasa teguh dan kukuh kerana jika ada krisis semacam ini ia hanya seumpama ribut dicawan kopi sahaja.Jika tidak ia boleh menjurus kepada krisis besar yang boleh meruntuhkan kerajaan yang akhirnya mencetuskan huru-hara.Pemain-pemain politik ini dia bukan kira sangat akan kebajikan rakyat ditambah dengan para macai yang sentiasa mengadu domba sedangkan jika sesuatu yang buruk terjadi rakyatlah yang akan terima bahana nya.Apa pun kita perlu insaf bahawa game politik yang terjadi hanyalah bersifat sementara, pemimpin politik boleh datang dan pergi tapi parti politik tempat pargantungan hendaklah sentiasa kukuh dan berpadu.

    ReplyDelete
  8. Alahai org semporna..sembang lebih..ckp dorang ja tu keluar tgok pru nnt ttp gak sokong bn.. Org sna da sebati dgn BN..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com