innity

pages

Thursday, June 16, 2016

[TPM KATA BUKAN WANG TEBUSAN TAPI...] Bukan RM12 juta tetapi RM18 juta untuk bebaskan 4 mangsa culik?

PETALING JAYA: Kira-kira RM18 juta digunakan untuk membebaskan empat pemuda Sarawak yang diculik Abu Sayyaf, menurut sumber yang dipetik China Press.
Ahli keluarga mangsa culik semalam memaklumkan RM12 juta diserahkan kepada polis, namun kumpulan penculik itu dipercayai tidak berpuas hati dengan jumlah itu.
Difahamkan RM18 juta dibelanjakan secara keseluruhan termasuk kos rundingan dengan penculik yang dibiayai ahli korporat.
Semalam, Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara mangsa culik termuda, Johnny Lau Jung Hien dan wakil keluarga empat tebusan itu mendedahkan, wang derma sebanyak RM12 juta dimasukkan ke dalam 12 peti besi untuk dihantar ke Bank Hong Leong di Sandakan mulai jam 4 petang, 24 Mei lalu.
Jelasnya, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik sampah oleh dua anggota polis Cawangan Khas (SB) dari Sandakan sebelum diangkut ke Balai Polis Sandakan pada jam 6 petang hari sama.
Difahamkan, wang tebusan RM12 juta itu terdiri daripada pajakan dua rumah keluarga mangsa yang berjumlah RM1 juta, sumbangan orang ramai sebanyak RM9 juta dan RM2 juta lagi daripada syarikat perkapalan empat tebusan itu.
Sementara itu, perunding yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu menegaskan, Abu Sayyaf tidak mungkin melepaskan tebusan tanpa sebarang bayaran.
Jelasnya, penculik hanya menerima wang tunai yang ditukarkan kepada mata wang peso dan dihantar menggunakan bot ke kubu Abu Sayyaf di Pulau Jolo.
Sumber dari Filipina pula memberitahu, wang tebusan yang dibayar untuk membebaskan empat rakyat Malaysia itu sekurang-kurangnya berjumlah RM18 juta termasuk kos perjalanan, makanan, penginapan, gambar, panggilan telefon dan orang tengah.
Jika mangsa culik jatuh sakit, penculik akan meminta kos perubatan daripada keluarga mangsa dan mereka tidak menerima ubat-ubatan yang dikirim keluarga sebaliknya akan membeli ubat berdasarkan senarai yang diberikan keluarga mangsa.
Tambahnya, rundingan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf amat rumit dan mungkin berdepan penipu, justeru proses mengenal pasti orang tengah memerlukan masa dan wang.
Media sebelum ini melaporkan wang tebusan yang diminta penculik adalah 300 juta peso (RM30 juta), sebelum dikurangkan kepada 180 juta peso (RM18 juta).
RM12 juta bukan wang tebusan - TPM
Sementara itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wang berjumlah RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf April lalu bukan wang tebusan. 
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, wang itu dibayar kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah di negara itu. 
"Kerajaan memutuskan tiada wang tebusan dibayar dan pihak polis mematuhi arahan kerajaan itu. 
"Wang itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan hasil jualan aset (keluarga mangsa) dan saya sahkan ia disalurkan bukan sebagai wang tebusan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam. 
"Badan itu tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas atau penjenayah," katanya selepas melancarkan program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1437H/2016 di sini, hari ini. 
Semalam, Ahmad Zahid menafikan dakwaan pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Malaysia berkenaan.

8 comments:



  1. Yer la tu TPM oii.

    Wang itu adalah derma dari Pak Arab untuk menentang ISIS yang disokong oleh Abu Sayyaf kan?

    Kalo hidup dah biasa menipu dan kelentong tu, dia takkan berubah.

    Dia ingat semua orang boleh dibodohkan macam pemakan dedak.

    ReplyDelete
  2. Klu hidup x reti bersyukur lbh baik mampos. Yg pasti kerajaan dh buat sedaya upaya nk brbaskn mereka. Yg bersalah tu abu sayap. Kumpulan militan yg mungkin ko pun nyokong dlm nyolong. Bila bebaskan bising. X bebaskan bising. Dasar anjing dari anjing2 neraka jugak ko ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaalahnya ada buat pembayaran ke tidak...Yg mana satu Yg betul...anjing pun Kena colik memerlukan wang tebusan bro...

      Delete
    2. Masaalahnya ada buat pembayaran ke tidak...Yg mana satu Yg betul...anjing pun Kena colik memerlukan wang tebusan bro...

      Delete
  3. Kalau betol keluarga mangsa ada jual aset n kutip derma mesti buat modal utk wang tebusan. Takkan saja nk bg derma tanpa sebab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peliklah sanggup jual ade bg menderma... Pelik malaysia ni dibawah pm n tpm

      Delete
  4. Perlu sgt ke nk bg tau kerajaan bayar sekian harga nk lepaskn tebusan? Kerajaan ada sebab x nk masyarakat jd panik. Yg pasti tindakan kerajaan berusaha bebaskan mereka patut diberi pujian. Masalahnya kenapa korang x maki hamun si penculik? Itu bukan cara islam ajar. Culik orang kapir minta pampasan tu sapa ajar? X pasal2 korang nk hamunnya kerajaan tu apsal? Pegi berambus dok uganda lg baik la wahai penggonggong tulang khinzir dapigs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang semua Kat atas tk payah buang masa nk bertekak,apa yg korang dpt.yg penting aku dah booking sebijik perdana 2.4 warna hitam,korang Ada ke?bongok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com