innity

pages

Wednesday, June 1, 2016

TMJ: Suruh PM keluarkan Johor dari M’sia jika...


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah terbeban untuk meluahkan isi hatinya, dan terbaru, melontarkan pesanan kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.
“....Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," menurut pesanan itu.
Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.
Setiap ayat dimukan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”.
“...Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.
“....Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka.
“Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu.”
Catatan tersebut turut menegaskan Johor telah wujud semenjak 1885, jauh sebelum tahun 1957, ketika Malaya mencapai kemerdekaannya.
Di samping itu, ia juga menyatakan rakyat Johor tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mempunyai tengku mahkota yang dekat di hati dan membezakan antara pemimpin di negara itu dengan yang lain.
“Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.
“Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan.” - MK

6 comments:

  1. Sapa pemimpin kami yg dia maksudkan

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya apabila mempunyai perdana menteri korup, bodoh, dungu, dangkal lagi lemah tetapi besar nafsu bernama najib ini.

    Inilah akibatnya apabila perdana menteri bernama najib ini menyeleweng dan menyamun. Ingatlah rakyat tidak izinkan dengan tujuan "penggubahan wang haram" atau omputihnya disebut money laundering.

    Jawablah wahai najib, menteri2,ostat2 upahan najib, punahsihat dan pencacai sekalian yang bersyubha, bersekongkol dan bersetongkol...

    Bagaimanakah kamu semua akan menjawab di mahkamah dunia maupun di akhirat nanti?

    Sudahkah kamu semua bersedia?

    Adakah kamu ingin meletakkan kesalahan dibahu najib seorang sahaja? Apabila nasihat dan teguran telah diberi?

    ReplyDelete
  3. Ampun Tunku payung mahkota
    Johor berbangga Tunku di tahta
    Kasih prihatin rakyat jelata
    Pelbagai kaum tidak dibeza

    Gagah berani nyata kebenaran
    Dikata dinista tidak tertekan
    Membawa rakyat cahaya sinaran
    Kepada perasuah tak bagi jalan

    Moga Tunku cekal dan tabah
    Diberkati Allah melimpah ruah
    Mudah mudahan negara berubah
    Tolak pemimpin penuh rasuah






    ReplyDelete
  4. Sejak bila plak johor byk bg projek mega pd anak jati johor dan kontraktor tempatan? Yg bg pd kontraktor luar tu psal caya dengan kontraktor tempatan ker?

    ReplyDelete
  5. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. An-Nisa’: 59)

    Sudah ko sedia nk jwb di hadapan Allah knp ko lepas ketaatan kpd pm? Apa hujah ko wahai penyembah hawa nafsu. Sudah ko kembali kpd al-quran dan sunnah nabi dlm mensikapi pemimpin? Dh sampai tahap ko pandang pm lbh hina dari org kapir sendiri. Ko mahu ikut cara khawarij yg disebut nabi sebagai anjng2 neraka?

    ReplyDelete
  6. Kami x mau bola. Bola bukan bole buat kami kaya pun. Apa kan tidak. Dlm team pn cuma brapa kerat je anak johor yg main. Selebihnya luar. Kami mau sudilah kiranya diberi tanah kurnia kpd yg memerlukan. Dan memberi peluang pekerjaan kpd anak tempatan sebagaimana kilang MCD di bakar batu dulu. Segala kekayaan di dunia ni semuanya jadi daki dunia kalau tdk disumbangkan pd akhirt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com