innity

pages

Saturday, June 4, 2016

Tisu tandas papar wajah Trump laris


BEIJING - CHINA. Tisu tandas yang memaparkan wajah calon presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump menyaksikan kenaikan jualan sejak Februari lalu, lapor syarikat itu.

Dengan kenyataan anti Beijing, Trump mengundang kemarahan syarikat China, Qingdao Wellpaper Industrial Co. yang berpangkalan di wilayah Shandong.

Syarikat itu menjual tisu tandas 'Dump with Trump' yang memaparkan pelbagai ekspresi muka Trump dengan harga 50 sen setiap gulung

Jurucakap Qingdao memberitahu China Daily, syarikat tersebut menerima 100 gulung tempahan pada permulaan penjualan dan tempahan kini meningkat ke 5,000 gulung pesanan.

Antara yang mengunakan produk itu ialah bintang bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat, Sydney Leroux yang berpuas hati dengan produk itu.

Atlet itu memuat naik gambar tisu tandas itu di laman Instagramnya bulan lalu.

Menurut syarikat itu lagi, kebanyakan pembeli adalah dari Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, Qingdao turut menjual tisu tandas yang memaparkan wajah  Calon presiden mewakili parti Demokrat Hilary Clinton namun purata penjualan adalah lebih rendah daripada Trump iaitu enam daripada 1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com