innity

pages

Wednesday, June 1, 2016

Tiada hudud dalam Al-Quran: Abdullahi boleh tipu orang jahil dan bukan Islam


“Sebagaimana dijangkakan kehadiran Abdullahi an-Naim di negara ini hanya menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.”
Demikian kenyataan tokoh akademik, Profesor Madya Dr Khaliff Muammar A Harris mengulas kenyataan mengelirukan oleh tokoh liberal, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim hari ini.
Hari ini, Abdullahi An-Naim dilaporkan mengatakan bahawa adalah tidak berdosa menolak hudud kerana hudud tidak terdapat di dalam Al-Quran.
Abdullahi Ahmed An-Na'im
Abdullahi juga berkata, adalah tidak Islamik meluluskan rang undang-undang Shari’ah secara sembunyi-sembunyi tanpa dibuka ruang perbincangan kepada rakyat.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Dr Khaliff yang juga Pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) berkata, Abdullahi bukan seorang sarjana Islam atau ulama yang kata-katanya perlu dirujuk dan dianggap serius.
“Jelas bahawa Abdullahi tidak memahami Shari’ah mahupun Hudud.
“Beliau tidak boleh menafikan hakikat bahawa Shari’ah dan hudud ada di dalam al-Qur’an, fakta ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang belajar tentang Islam, bahkan pelajar di tahap sekolah menengah pun boleh memahami hal ini.
“Shari’ah bukan produk ulama’ ia telah diturunkan dan diamalkan sejak zaman Rasulullah saw dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang Islam sejak itu sehinggalah sekarang.
“Abdullahi hanya bermain dengan perkataan, ia boleh menipu orang yang jahil, dan bukan Islam, namun ia tidak boleh menipu ramai orang,” katanya.
Dr Khaliff juga menolak tuduhan Abdullahi bahawa langkah PAS dan UMNO di Parlimen yang ingin agar Mahkamah Syariah ditambah baik merupakan langkah yang tidak demokratik.
“Ia dilakukan melalui Sidang Parlimen dan baru di tahap pembentangan usul. Ianya tidak akan diluluskan jika tidak mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen.
“Sebenarnya yang diusulkan oleh DS Haji Hadi bukanlah hudud, ia hanya penambahbaikan sistem kehakiman Shari’ah yang pada masa ini agak kolot dan terpinggir.
“Tidak benar tuduhan bahawa perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka, kerana majoriti rakyat mahukan Islam dilaksanakan di negara ini dan minoriti bukan Islam semestinya menghormati kehendak majoriti ini jika mereka benar-benar mahukan demokrasi,” katanya lagi.
Sebelum ini Dr Khaliff menyelar penganjuran program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk ‘Rethinking Islamic Reform’ yang menampilkan Abdullahi Ahmed An-Naim di Universiti Malaya. - ismaweb

3 comments:

  1. Boleh tak mana2 pihak anjur public discourse antara khaliff dan abdullahi ? Bosan dan keliru dgn komen2 di belakang lebeh baik berhadapan beri munafaat kpd Muslim Muslimat.

    ReplyDelete
  2. Kenapa orang yang sesat lagi menyesatkan dibenarkan masuk untuk mencelarukan pemikiran dan akidah umat Islam Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Pemikiran khawarij tu sesat dan menyesatkan. X nk tau ke sapa bwk msk malaysia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com