innity

pages

Friday, June 10, 2016

[TERSEBAR] Video Rosmah, pegawai bawa banyak beg masuk jet


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkongsi video yang memaparkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet peribadi, yang didakwa disewa khas untuk menghadiri satu majlis di Istanbul, Turki.

Dalam video itu, Rafizi mendakwa beberapa petugas sedang mengangkut sejumlah beg yang dicurigai kandungannya ke dalam pesawat.

Klip ini dihantar kepada pihak media dengan terdapat suntingan tulisan 'berapa banyak beg' dan 'apa dalam beg'




Published on 9 Jun 2016
Pihak Datin Seri Rosmah Mansor telah mengakui secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut.

Daripada video ini, saya lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti berikut:

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini. Datin Seri Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.

Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?

Saya akan menunggu jawapan dari Datin Seri Rosmah seperti biasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

5 comments:

  1. Kenapa berlepas dgn berbeg2 dari base TUDM Subang?
    Menteri Pertahanan
    Panglima Angkatan Tentera
    Panglima Tentera Udara
    mesti jelaskan kpd RAKYAT.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 aku fikir rafizi mcm jahat tp aku berterima kasih Kat dia sb berani bongkar seorang pemimpin dan isterinya yg tk guna Dan haprak. Kita org bawah Dan miskin bertambah teruk cari rezeki nk teruskan hidup tp geng2 najib boleh gelak ketawa mengkedarah duit rakyat.

    ReplyDelete
  3. Ni jawapan dari rizal Mansor boleh check dlm akaunnya. Bln posa gini pn x abis2 wat fitnah. Baca dan fahami btul2.

    YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.

    Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau.

    Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.

    YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).

    Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turut membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?

    Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada dapur sendiri dibawa atas pesawat.

    Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.

    YB Rafizi Ramli belum jawab soalan saya siapa PENTERNAK IKAN yang dimaksudkan oleh Latipah Koya??

    ReplyDelete
  4. Guling najib rakyat malaysia perihatin

    ReplyDelete
  5. Bodohnya statement. Ko naikkan sapa plak lepas Najib? Mat sabut kelapa ker?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com