innity

pages

Friday, June 24, 2016

[TERKINI] JUMAAT - Muhyiddin, Mukhriz DIPECAT, Shafie DIGANTUNG jawatan


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

"MT Umno sebulat suara mengambil keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana pelanggaran disiplin.

"Ini kerana mereka telah berada di atas pentas bersama pembangkang menyerang pimpinan dan parti. Ini merupakan kesalahan besar disiplin," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015.

Ia disusuli dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno yang digantung bermula 26 Februari lalu sehingga pemilihan parti akan datang.

Mukhriz pula melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari lalu dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang sesuatu dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN 

4 comments:

  1. Pecat dan gantung tu kerja dia untuk kekal kuku besi

    Kerja maha esa ada pembalasan

    ReplyDelete
  2. Persoalannya????adakh parti UMNO akn bertambah kuat???

    ReplyDelete
  3. Kita mesti percaya kpd kekuatan sokongan melayu. Berpusat kpd kekuatan sokongn ini kita bangunkan semula melayu. Jangan sesekali bawa DAP ke dlm pembikinan kekuatan baru ini. Selagi kita libatkan pengaruh DAP selagi itu melayu akan semakin berpecah. Aku harap pesanan ini Tun M, Muhyidin dan Mukhriz dpt dengar dan kaji.


    Jgn sesekali libatkan parti cina sewaktu membina kekuatan kita parti melayu sendiri. Nanti parti cina akan rosakkan kekuatan melayu pd peringkat pembinaannya awal awal lagi.

    Tabiat cina enggan menerima melayu berkuasa dan memerintah sudah diketahui umum. Hanya yg naif tak faham dan tak tahu ini. Tun M pun tau perangai cina.

    ReplyDelete
  4. Semua parti politik kat dunia kan mmg mcm tu,klu dah berdiri atas pentas bersama pembangkang hentam parti sendiri mmg kena pecatla...DAP ka PKR ka Republikan ka sama saja proses nya jd apa yg pelik..matang la sikit klu nak komen..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com