innity

pages

Sunday, June 26, 2016

Takrif "KAFIR HARBI" dalam sistem DEMOKRASI berbeza dengan Istilah Fiqh Lama


1) Apabila Saahibus Samaahah Mufti Negeri Pahang menggunakan istilah kafir harbi ketika merujuk kepada sikap permusuhan terhadap agama Islam dan syariat Islam oleh sesetengah golongan bukan Islam di negara kita, seperti yang secara ketara ditunjukkan oleh parti DAP (dan oleh kumpulan2 yang lain juga), 
ada orang-orang Islam sendiri yang seolah-olah mendapat peluang keemasan lalu dengan penuh bernafsu dan beringas menghentam SS Mufti dengan mengambil kenyataan beliau out of context seolah-olah SS Mufti jahil istilah dan 
seolah-olah SS Mufti mempromosikan agar bukan Islam yang bersikap kafir harbi ini disembelih ala ISIS menyembelih ummat Islam yang tidak mahu bersama dengan keganasan mereka yang di sugar-coated dengan khilaafah palsu. 
Malah ada yang sampai photoshop gambar yang bukan2 bagi memberikan gambaran yang sangat jauh dari ruang lingkup yang dibincangkan oleh SS Mufti.

2) AlhamdulilLaah, masih ada ummat Islam, ilmuan dan bukan ilmuan, yang mahu meletakkan kenyataan SS Mufti itu pada kedudukan yang rasional dan di dalam konteks ianya dituturkan. Lihat misalnya sudut pandangan DrAsmadi Mohamed Naim berkaitan isu ini.
Tulis beliau:
"Membaca statement SS Mufti Pahang mengenai kafir harbi, kelihatan beliau mencetuskan takrifan baru "kafir harbi" dalam konteks demokrasi iaitu "kafir harbi" dlm sistem demokrasi ialah orang-orang kafir yang menentang hukum Islam dalam Parlimen adalah wajib ditentang secara demokrasi dan haram mengundinya tanpa mengira apa partinya sekalipun. Ia bukan merujuk kepada istilah fiqh lama yang merujuk kepada budaya perang antara agama.
Jadi, memahami istilah agama mengikut realiti pun, perlu kepada kefaqihan. Jangan berfikir pengertiannya berdasarkan pengertian feqah lama. Ini pergolakan baharu yg menimpa umat!
Mesej Mufti adalah jelas, jangan dan haram bersekongkol dengan musuh Islam dalam sistem demokrasi.
Allahu al-Mustaan. Satu istilah dan takrifan baru yang menarik." - end quote -
Lagi komen beliau di:

3) Tidak kurang menarik, walaupun dengan bahasa yang lebih pedas dan tajam, ulasan anak2 muda di Bangkit.info seperti di bawah:

Mufti Pahang menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa sahaja yang menentang Islam, maka mereka dikategorikan sebagai Kafir Harbi. Mufti Pahang menyatakan juga dengan jelas bahawa golongan kafir harbi ini, ialah golongan yang wajar diTENTANG.

Entah kamus Vernakular mana yang digunakan Lim Kit Siang, beliau menafsirkan perkataan DITENTANG itu, seolah menggambarkan maksud seperti DICINCANG. Apabila saja Kit Siang berfirman sebegitu, MCA dan GERAKAN turut menjadi histeria.

Dalam Islam, banyak cara umat Islam menangani puak-puak Kafir Harbi. Boikot, tidak undi, berhujah, berdebat dan sebagainya bergantung kepada perbuatan pihak Kafir Harbi itu sendiri. Jika kafir harbi DAP menggunakan hujah, label dan ceramah untuk menentang undang-undang Islam, maka dengan cara hujah, label dan ceramah jugalah mereka akan ditentang.

Jika kekerasan yang digunakan golongan Kafir Harbi, maka kekerasan itu harus dijawab dengan balasan yang sama tetapi tidak berlebih-lebih.

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An Nahl ayat 126)

4) Saya secara peribadi, melihat beberapa panduan yang bergemerlapan daripada Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran yang memadai untuk kita berpegang dengannya di dalam mengharungi kehidupan pelbagai kaum dan agama ini.

Surah Al-Mumtahina, Ayat 8:
لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah Al-Mumtahina, Ayat 9:
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Surah An-Nisa, Ayat 138 - 139:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا.
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا.
138. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

139. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Surah Aal-e-Imran, Ayat 118:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
صدق الله العظيم

2 comments:

  1. AGAKNYA PAS TERLEPAS PANDANG AYAT INI MASA BERSAMA DAP?

    139. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

    ReplyDelete
  2. Berlaku adil wahai para ustad dan para mufti,

    Jika kita menentang DAP maka pemimpin bernama najib pun kita wajib lawan.

    Tidak sesekali Perbuatan najib ini boleh dimaafkan oleh rakyat.

    Terbaru terdapat gelombang dan gerakan anti DAP....OK la tu, sebab DAP secara terang anti penubuhan undang2 dan negara islam. Ini musuh nyata dan tidak bersembunyi.Perlu berhati hati dan berwaspada dengan DAP ini.

    Bagaimana pula dengan yg tersembunyi?

    Kenapa tidak ada satu komen pun dari mufti seluruh negara tentang perbuatan pemimpin korup dan menganaiya rakyat?

    Lagi sekali,

    Mana komen2 mufti tentang pemimpin korup?

    Jika pemimpin dah korup rakyat boleh saja beri telunjuk "ini pemimpin korup, bapa kencing berdiri, kami kencing belari, nak ajar ketam? Bangkai fajah nak tutup dengan nyiru?

    Apa jenis manusia kita ini? Ada pendidikan agama tapi boleh tutup sebelah mata? Mana maruah kita semua?

    Kenapa tak beri kupasan terperinci jika terdapat pemimpin korup? apa akan jadi pada agama? Pada rakyat? Mana maruah agama? Mana maruah rakyat?

    Tak pun macam ini sahajalah di permudahkan kepada para mufti dan ustaz sekalian...

    Halalkan saja perbuatan rasuah negara ini...tutup cerita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com