innity

pages

Wednesday, June 22, 2016

TAK NAK BAGI ZAKAT MELALUI LEMBAGA ZAKAT? Yakin kah kamu orang itu tepati CIRI 8 ASNAF


JANGAN MAIN-MAIN BAB ZAKAT...

ADA member bukan main bangga lagi cerita dia taknak beri zakat kat lembaga zakat tapi nak bagi sendiri..tak confident katanya bagi kat amil. Bagi aku lantokler kome, duit kome.

Tapi bila aku tanya betoi ke orang yg ko bagi zakat tu menepati ciri LAPAN ASNAF yg sebut dalam Al-Quran tu, dia tanya aku balik apakebenda tu, aarghh sudah!


Dia kata dia bagi kat ibu tunggal dan ngan anak yatim nama si polan si polan tu..aku kenal le insan yg dimaksudkan tapi masalahnya ibu tunggal tu kerja nurse..budak yg dia kata anak yatim tu pulak keluarganya berduit...takde maknanya masuk kategori asnaf!

In fact ibu tunggal dan anak yatim sendiri BUKAN termasuk dalam kategori asnaf yg layak terima zakat kecuali kalau depa miskin, maknanya kalaupun depa dapat zakat, its not sebab status ibu tunggal or anak yatim tetapi sebab depa mmg miskin.

Aku ni bukanlah pandai bebenor bab zakat ni tapi seems zakat adalah RUKUN dalam Islam, nasihat aku jgnlah kome wat hukum sesuka hati kome je...kalau silap tafsir, zakat yg korang rasa korang bagi tu silap-silap masuk dalam kategori SUMBANGAN je - bukannya zakat. Dah tak pasal2 kita wat dosa besar sebab tak keluarkan zakat, Nauzubillah!

So geng...toksah berat kepala. Bagi je zakat kat lembaga zakat dah tentu deme lebih gheti nak agih kat mana yg patut..ingat, zakat ni bukan nak bagi kita kaya, tujuannya nak keluarkan kita dari kemiskinan. Nak kaya pepakat korje le yeoppp!! - Syahril A. Kadir

8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat


Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
  1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
  6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

4 comments:

  1. Anak yatim termasuk dlm asnaf..dua kali lima ja ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak yatim tak masuk la ngok

      Delete
    2. Mohon baca & hadam betul2. jgn mudah sgt takwil. Klau mcm tue jamil & pak mentua pun layak sbb anak yatim.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com