innity

pages

Saturday, June 18, 2016

[TAHNIAH PAS BANTU BN] BN MENANG di #PRKKualaKangsar dan #PRKSgBesar


KUALA KANGSAR, Sabtu – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga semua 23 pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi adalah sebanyak 71 peratus.
Pegawai Pengurus PRK Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata, peratusan berkenaan adalah rendah berbanding sasaran 75 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK Kuala Kangsar.
“Peratus ini rendah mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi memandangkan sekarang bulan Ramadan,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus itu merangkumi pemilih biasa dan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Jun lepas.
Katanya, terdapat 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Kuala Kangsar dengan 32,632 adalah pengundi biasa, 312 (pengundi awal) dan lima lagi pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.


2 comments:

  1. Pengajaran kpd pemimpin yg nak lawan BN. Pastikan anda ada formula dan berunding dlm suasana persaudaraan.
    Jgn cepat suka tuduh menuduh. Buang sikap emosional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan Ramadan bila berkempen tidaklah keterlaluan. Rakyat boleh menilai sikap bakal pemimpin mereka. Apabila tak dapat bermuafakat sesama sendiri, maka akan hasilkan keputusan yang mengecewakan daripada pihak pembangkang. Mulakan daripada sekarang untuk berpolitik secara matang dan berhemah. In Shaa Allah, amin akan kekal relevan pada masa kini dan akan datang...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com