innity

pages

Tuesday, June 21, 2016

[TAHNIAH] MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji




Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

“Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

“Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

“Sementara itu, RM11.2 juta peruntukan untuk kenaikan baru imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300,” katanya disambut sorakan hadirin.

1 comment:

  1. Najib tak boleh buat
    Duit dah bawak lari..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com