innity

pages

Saturday, June 18, 2016

[TAHNIAH CALON BERJAYA (BN)] Syukur ‘DAP’ tak menang - Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang


Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik menyindir PAN apabila meluahkan rasa syukur atas ‘kekalahan DAP’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Selaku seorang ahli jemaah Islam, saya gembira dan syukur ‘DAP’ tidak menang di kedua-dua PRK tersebut.
“Kalau tak faham, PM (mesej) saya,” tulis beliau di Facebook sebentar tadi.
Sebelum ini, beliau dan pimpinan PAS lain sering membuat kenyataan bahawa PAN adalah tunggangan parti rasis dan cauvinis DAP.
Ustaz Mokhtar Senik
Dalam kenyataan sama, beliau juga bersedih atas kekalahan calon PAS.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan tahniah kepada pihak yang memenangi kedua-dua PRK.
“Syabas saya ucapkan kepada semua petugas PAS yang bekerja keras. Meskipun belum berjaya memenangi pilihan raya, komitmen terhadap perjuangan Islam akan terus dipertingkatkan.
“Insya-Allah selepas ini postmortem akan dilaksanakan oleh pihak parti.
“Terima kasih kepada semua pengundi. Tahniah buat yang berjaya dalam dua pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - ismaweb

3 comments:

  1. Menang atas kertas bn
    Kalah di hati rakyat bn

    Bakal malepetaka bn

    ReplyDelete
  2. Mesej Mokhtar Senik no hanya org yg faham syariat Allah shj dpt faham. Tun M, pemimpin melayu dan rakyat tak faham bhw tidak ada kerjasama selagi ada musuh Islam dalam pakatan tersebut.
    Formula baru tetap mesti dicari, tanpa DAP dlm kerjasama sesama parti melayu.

    Orang mmg marah dgn gst dan tak suka rasuah tapi mrk lebih benci DAP. Generasi baru atas pagar pula keliru dengan pakatan harapan yg bercelaru. Tidak konsisten arah perjuangan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com