innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

Tahniah Apandi, andalah ‘The Special One’, kata Zaid

KUALA LUMPUR: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali selepas dinamakan satu-satunya penerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) baru-baru ini, sambil memohon maaf kerana mencadangkan pemecatan beliau.
Dalam kiriman blognya, Zaid berkata beliau mungkin terlalu cepat menilai Apandi, dan menambah pengurniaan anugerah itu selepas hanya 10 bulan menjawat tugas peguam negara merupakan “kejayaan hebat”.
“Kalau ikutkan istilah bola sepak, Zaid akan diberi nama ‘The Special One’ (yang istimewa),” kata Zaid, dan sekali lagi memohon kemaafan kerana jahil tentang sumbangan Apandi terhadap negara.
Zaid berkata beliau tidak tahu akan sumbangan Apandi, mungkin disebabkan urusan kerajaan dianggap “rahsia”.
“Jadi saya tidak seharusnya dipersalahkan kerana terlalu gopoh membuat rumusan Apandi tidak sesuai dilantik sebagai peguam negara,” katanya sinis.
Zaid berkata beliau juga tidak tahu mengenai pertimbangan yang diberikan pejabat istana dan Pejabat Perdana Menteri dalam menganugerahkan darjah sedemikian.
Menurut Zaid, beliau sendiri hanya boleh berbangga dengan pangkat “Datuk” yang diterimanya 15 tahun dulu, itu pun mungkin kerana pernah digelar ketua bahagian Umno satu ketika dulu.
“Saya tidak fikir saya layak menerima apa-apa darjah kebesaran demi rakyat dan negara. Adalah benar saya tidak ada kawan karib berpangkat Tan Sri,” ujarnya.
Terdahulu, berucap pada forum anjuran IDEAS, Zaid menyarankan kuasa pendakwaan peguam negara diasingkan dan diberi kepada pendakwa raya.
Zaid juga berkata sebagai langkah awal bagi menjernihkan keadaan susulan beberapa keputusan Apandi untuk tidak mendakwa tokoh tertentu, Apandi perlu diganti dengan seorang yang lebih bebas.

5 comments:

  1. Anggguk Angguk Geleng Geleng
    Najib dan geng kaki kencing

    Angguk Angguk Geleng Geleng
    Pemakan DEDAK kaki Goreng

    So today is TUESDAY
    When to "SAMAN" WSJ ?

    Anggguk Angguk Geleng Geleng
    Najib dan geng kaki kencing

    ReplyDelete
  2. Heeee..terhutang budi. Oh malaysiaku

    ReplyDelete
  3. Seelok2nya ngko jadikan komen ayat2 ngko di atas sebagai wirid lepas solat ko..sangat sesuai dengan jiwa ngko tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU DIRATIB MASA MAJLIS TAHLIL/KENDURI ARWAH LAGI AFDAL SEBELUM BEDAL NASIK

      Delete
  4. Dengan penuh ikhlas, saya tak ada hati langsung nak ucapkan tahniah kepada Apandi.Takut-takut anugerah ini merupakan istidraj bagi dirinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com