innity

pages

Sunday, June 12, 2016

SYAIR TUN M TURUN PADANG


SYAIR TUN M TURUN PADANG
Oleh Yahaya Ismail

Pahlawan tua turun padang
Jasa besar lagi gemilang
Dua puluh dua tahun tetap dikenang
Membentuk sejarah generasi terbilang
Usia lanjut tidak menghalang
Korupsi melampau mesti ditentang

Pahlawan Bugis menggetar takut
Semangat ada di keris kontot
Baca mantra tersemput-semput
Panggil syaitan puaka diimpot
Dedak diberi senyum merekot

Sg Besar Kuala Kangsar
Tun M turut dengan bala tentera
Rakyat menyokong tak kira bangsa
Mahu hanyutkan BN dengan kabilah puaka

Tun M bawa amanat rakyat
Mahu Najib berundur cepat
Lama berkuasa banyak mudharat
Hutang 1MDB rakyat tak bersubahat
Yang makan dedak puji terangkat.

Tun M pejuang sejati
Tidak gentar ancaman yang ngeri
Mentera lanun dengan air jampi
Berselerak puaka cabut lari

Raja lanun tergetar gusi
Tali hayat putus tangan digari
Itulah hasrat Tun M terpuji.
Jasa besarnya tak boleh ditukar ganti

11 Jun 2016
Jam 11.53 malam
Yahaya Ismail

4 comments:

  1. Bosan komen dalam media
    Tun m dah usaha
    Rakyat tak bertindak juga

    Mogok seluruh negara
    Desak lucut jaeatan najib
    Lucut agung

    Kuasa pada rakyat

    ReplyDelete
  2. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga,
    Siapa sangka umur mencecah 91 tahun,
    Masih kuat berkat kuasa Allah,
    Perjuangannya untuk rakyat,
    Dia melihat negara lain penuh korup,
    Rakyat hidup merempat susah Dan dihina,
    Adakah rakyat menghargai perjuangan beliau?
    Kita lihat hasilnya PRK Kuala kangsar Dan Sg besar,
    Ditangan rakyat menentukan arah hala tuju negara ini,
    Mahukan pemimpin yg korup atau amanah?
    Jangan menyesal pilihan telah diberi,
    Berfikirlah sebelum pergi mengundi,
    Lihat wajah anak2 sekalian,
    Mahukah kita gadaikan masa depan mereka?

    ReplyDelete
  3. Tun mahathir pemimpin yg hebat,
    Dari muda sampai ke tua diberiberkat,
    Dikurniakan Fikiran cerdas badan yg sihat,
    Tak jemu2 berjuang untuk negara Dan rakyat.

    Pemimpin yg hebat Dan bkn sembarangan,
    Dalam & luar negara menjadi sanjungan,
    Seratus tahun lg belum tentu bertemu pengganti sepertinya wahai tuan,
    Marilah kita menghargainya selagi masih ada kesempatan.

    Berlainan Pula dgn pemimpin yg sedang berkuasa sekarang,
    Iaitu najib & menteri2 serta penyokong2nya yg gilakan Wang,
    Nasib bangsa & negara dijadikan taruhan,
    Bagi memenuhi nafsu serakah yang tak ada had sempadan.

    Rakyat merana & kesempitan tidak dihairankan,
    Ditekan dgn gst,penarikan subsidi & harga barangan yg tinggi menjulang,
    Alangkah Malang kami rakyat marhaien,
    Najib Dan menteri2 kabinet kayunya tetap hidup bersenang-lenang.

    ReplyDelete
  4. Jgn seronok sangat pahlawan tua turun padang..nanti kok kena hujan panas..lutut ngeletar meleleh hingus..dah tua elok duduk kat umah jaga kesihatan dan buat amalan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com