innity

pages

Tuesday, June 14, 2016

[STRATEGI KEMPEN HAK ASASI HILLARY CLINTON?] Omar Mateen adalah "PEMBUNUH JADIAN" terbaru Kepunyaan AS


Manchurian Candidate adalah sebuah novel yang ditulis oleh Richard Condon yang berkisar bagaimana seorang angota tentera dipilih untuk dibrainwash secara terancang untuk melakukan agenda yang telah dirangka oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat (AS). Mungkin sesuatu yang tidak masuk akal bagi sesetengah pihak namun jika diteliti rentetan AS dalam menakut-nakutkan rakyatnya terhadap Islam ia boleh dilihat sebagai suatu kebenaran.
Misalnya pembunuhan JFK yang ditembak Sirhan Sirhan, seorang rakyat Palestin yang beragama Kristian, namun sedikit kepelikan dalam kes Sirhan ialah beliau ditangkap seperti dalam keadaan di”hipnosis”.
Begitu juga beberapa dekad kebelakangan ini bagaimana AS mementaskan dirinya dalam “Global War On Terror” telah menyaksikan 19 orang, secara buta-buta merampas kapal terbang dan menyerang WTC dalam peristiwa 9/11. 19 orang bersetuju untuk membunuh diri dan menyebabkan 3000 kematian yang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Selepas sahaja kejadian tersebut AS mengambil keputusan untuk menyerang Afghanistan dan meneruskan kempennya menerusi slogan “Weapon of Mass Destruction” dengan menyerang Iraq. Jumlah kematian orang awam di dalam Perang Afghanistan adalah 25 ribu orang awam (Watson 2015) manakala jumlah kematian dalam Perang Iraq adalah sebanyak 250 ribu orang awam (Iraq Body Count 2016).
Strategi AS dalam menggunakan Machurian Candidate tidak ubah seperti strategi Greek yang mengunakan kuda trojan untuk menyerang penduduk Troy. Askar Greek dengan selamat menyelinap masuk ke dalam kubu Troy dan seterusnya menamatkan perang.
Dalam dunia proganda moden, AS dengan senyap menarik simpati orang ramai dengan mengatakan perbuatan yang “terancang” adalah satu kesalahan besar bagi dunia lalu membolehkan mereka mendapat mandat dengan menyerang negara sesuka hati mereka dan mengakibatkan kematian yang lebih banyak dan seterusnya menguasai kepentingan strategik bagi negara mereka, direkodkan dengan menyerang Iraq, AS memperoleh 112 billion barel simpanan minyak.
Kejadian di Orlando, Florida baru baru ini pula, adalah satu kempen yang sinergi yang telah diprogandakan oleh Hillary Clinton. 
Sekitar 6 bulan yang lalu, Hillary telah melancarkan kempen hak asasi manusia untuk rakyat Amerika. (Rujuk video kempen Hillary: https://www.youtube.com/watch?v=LreOHZAJlgA)
Selepas 6 bulan berkempen, kita dikejutkan dengan penembakan 49 orang oleh Omar Mateen di sebuah kelab gay di Orlando .Sudah pasti kejadian ini akan menjadi momentum besar-besaran buat Hillary Clinton dalam kempen menjadi presiden baharu AS. Pastilah juga slogan hak asasi manusia akan menjadi label terbaru keluaran AS dalam mencorakkan dunia.
Kita harus melihat perkara ini dalam konteks yang lebih besar, AS tidak pernah berlaku adil dalam memperjuangkan hak asasi manusia. AS secara terang-terangan menyokong operasi yang dilakukan oleh ekstremis Hindu di Kashmir dan ekstremis Buddha ke atas masyarakat Islam Rohingya.
Manakala usaha mereka dalam memerangi orang Islam jelas apabila membantu Katolik Kristian di Mindanau dalam menentang etnik Moro
Begitu juga dalam kekejaman Rusia satu ketika dulu kepada etnik Chechen dan China terhadap Uighur, mereka mengambil pendekatan berdiam diri
Mereka juga melakukan sanction terhadap Pakistan dalam hal nuklear namun membiarkan pembunuh nombor satu dunia iaitu Israel bebas memiliki senjata nuklear. 
Permainan regime change menerusi Arab Spring adalah sebuah lagi permainan di dalam mengekalkan hegemoni Barat dengan mengekalkan status quo autoriti tertentu dan membunuh cita-cita negara Islam dengan penubuhan extremis yang didalangi CIA dan MOSSAD iaitu ISIS.
Kesemua ini memerlukan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk berhadapan ancaman hak asasi manusia yang masih ada iaitu COMANGO yang masih bergiat aktif di negara. Kita harus bijak melihat buah catur yang dipasang oleh imperialis seperti AS dalam mengekalkan hagemoni mereka. Mengikut sahaja tingkah laku dan cadangan mereka tidak akan menjadikan dunia lebih baik dan pasti membawa dunia kebelakang jauh daripada nilai manusiawi yang sebenar.
Luqman Abd Hamid 
Interdisciplinary Research And International Strategy Institute (IRIS)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com