innity

pages

Friday, June 24, 2016

Sokong LGBT: Ramai boikot Honda



AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor menerima padah apabila dikecam dengan hebat oleh netizen dari seluruh dunia, terutama sekali dari Malaysia dan Indonesia.

Pada Sabtu lalu, American Honda Motor melalui Facebooknya mengumumkan akan menyokong Columbus Pride Parade yang akan diadakan di Ohio, Amerika Syarikat tidak lama lagi. 

Sambil memuat naik gambar-gambar kereta Honda yang beraneka warna dalam Facebook itu, syarikat pengeluar kereta itu berjanji akan sentiasa menghormati semua jenis golongan manusia termasuk golongan LGBT.

Dalam laporan China Press, akhbar ini mendapati langkah yang dibuat American Honda Motor amat tidak disenangi oleh pengguna kerta Honda di Malaysia dan Indonesia. 

Ramai yang membantah keputusan berkenaan sehingga ada yang sedia menjual kereta Honda yang digunakan mereka sekarang dan tidak kurang pula yang memboikot untuk tidak lagi membeli jenama kereta keluaran Jepun ini lagi.

Seorang netizen, 'Penulis Tanpa Nama' berkata, beliau sememangnya cukup meminati model terkini Honda, namun akibat syarikat itu menyokong aktiviti LGBT, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi membeli kereta itu. 

Beliau juga berjanji akan menyebarkan mesejnya itu bagi memastikan Honda kehilangan lebih ramai pelanggan di serata dunia.

Manakala seorang lagi netizen, 'Syarifah Husna' berjanji akan memilih kereta Mazda bagi menggantikan kereta Honda.

Bagi 'Bendahara Alam Warisan' pula, beliau mengakui beliau sebelum ini adalah pelanggan tetap kereta Honda. Tetapi beliau kini sudah berkira-kira menjualkan kereta Hondanya malahan membatalkan hasrat untuk menempah dua jenis kereta Honda yang menjadi impiannya selama ini.

"Saya tidak ingin membeli kereta Honda lagi buat selama-lamanya. Saya juga akan beritahu semua kawan-kawan saya untuk tidak lagi beli kereta Honda. Sekurang-kurangnya tindakan memboikot ini boleh menghalang kegiatan LGBT daripada berleluasa," katanya.

Begitu juga dengan netizen dari Indonesia. Salah seorang netizennya, 'Didi Rachmadi' memberikan komennya bahawa jika Honda sokong LGBT, kami akan beralih sokongan kepada Toyota.

Ramai yang berpendapat, sesiapa yang membeli kereta Honda bermakna merekalah golongan yang menyokong LGBT. - SH

1 comment:

  1. Adoiii..mcm mana kalau body proton tp enjin Honda kena boikot juga tk?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com