innity

pages

Thursday, June 16, 2016

Singapura janji akan bela golongan homoseksual


GEYLANG ROAD (Singapura) – Kerajaan Singapura berjanji akan membela semua kaum dan agama termasuk golongan homoseksual.
Menteri Dalam Negerinya, K Shanmugam berkata demikian susulan peristiwa tembakan di sebuah kelab gay di Orlando, Amerika Syarikat Ahad lalu, yang meragut 50 nyawa, termasuk penembak Omar Mateen.
“Kelihatan seperti komuniti gay menjadi sasaran. Ini tidak boleh diterima. Keganasan ke atas mana-mana kumpulan dalam apa bentuk sekali pun tidak boleh diterima
“Di sini, kerajaan akan bertindak tegas sekiranya ada ancaman keganasan ke atas sesiapa atau mana-mana kumpulan. Tugas kerajaan ialah melindungi semua orang.
“Bangsa mereka, agama mereka dan orientasi seksual mereka, tidak relevan,” katanya ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Khadijah, semalam.
Shanmugam yang nyata risau dengan keadaan itu berkata, Singapura juga menghadapi risiko serangan oleh golongan yang bertukar menjadi radikal.
Justeru, kerajaan Singapura akan melancarkan aplikasi baharu tahun ini yang akan membolehkan rakyat melaporkan sebarang kecemasan kepada polis dengan segera. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com