innity

pages

Wednesday, June 1, 2016

Sindiket pelaburan haram 'Federal Reserve Chicago Bond', Polis TAHAN Wanita dan 4 Dalang


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang juga salah seorang daripada empat dalang utama sindiket pelaburan haram dikenali sebagai 'Federal Reserve Chicago Bond', kelmarin. 

Suspek berusia 38 tahun yang berperanan sebagai pemegang akaun sindiket itu ditahan Balai Polis Kelana Jaya dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas memberi keterangan berhubung operasi sindiket terbabit. 

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisoner Roslan Abd Wahid, berkata wanita itu bertindak sebagai akauntan syarikat yang menjaga aliran wang tunai pelaburan haram berkenaan. 

"Setakat ini, seramai 8,200 individu menjadi mangsa penipuan sindiket ini yang dikesan beroperasi sejak 2014 dan kita yakin ramai lagi yang menjadi mangsa, cuma mereka tidak tampil membuat laporan polis. 

"Modus operandi sindiket ini hampir serupa dengan African Scam dan setakat ini jumlah kerugian dianggarkan RM90 juta," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan tiga lagi ahli sindiket iaitu orang bawahan wanita berkenaan yang menguruskan kewangan syarikat. 

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan itu atau menjadi mangsa sindiket itu diminta tampil bagi membantu siasatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Deputi Superintendan Nooranita Ismail di talian 019-4814459 atau 03-26101222. 

Difahamkan, sindiket terbabit menjanjikan keuntungan yang amat tinggi kepada mangsa bagi setiap pelaburan mencecah RM1 bilion. 

Sindiket menawarkan skim pelaburan melalui laman web di mana nilai pelaburan bermula pada RM100 hingga RM1,000 seorang. 

Selepas melabur, mangsa perlu menunggu dalam tempoh masa lama berikutan wang keuntungan kononnya perlu dihantar dari Chicago, Amerika Syarikat ke Malaysia. 

Bagaimanapun setelah pelaburan dibuat, mangsa tidak memperoleh keuntungan yang dijanjikan. -BH

1 comment:

  1. Padan muka pd pelabur2..ada otak tknk fikir...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com