innity

pages

Wednesday, June 15, 2016

Semua beban HUTANG kerajaan diletak di BAHU RAKYAT


KHABARNYA, kadar tol di lapan lebuh raya, termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) tidak dapat tidak akan dinaikkan dalam sedikit masa lagi kerana kerajaan tidak mempunyai wang bagi membayar pampasan kepada pihak konsesi.
Perkara ini dinyatakan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dalam temu bual dengan akhbar Cina, Sin Chew Daily, beberapa hari lalu.
Tanpa berselindung beliau memberitahu jika tol tidak dinaikkan maka kerajaan menanggung beban hutang yang besar dan meningkat setiap tahun. Pampasan yang perlu dibayar ialah RM539 juta.
Memetik laporan akhbar itu, beliau berkata, kerajaan berhadapan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung perkara ini, tetapi hanya ada dua pilihan di bawah rancangan penstrukturan semula tol iaitu membenarkan kenaikan kadar tol dan pengguna perlu membayar lebih atau menanggung beban kos pampasan itu.
“Jika kerajaan menangguhkan kelulusan kenaikan kadar tol, jumlah tersebut (pampasan), akan meningkat setiap tahun. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan hutang dalam jangka masa panjang untuk kerajaan,” kata Fadillah.
Menurut persetujuan yang ditandatangani sebelum ini, syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol iaitu PLUS, Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada 1 Januari tahun ini.
Tahun lalu, tol telah dinaikkan secara drastik di 18 plaza yang kebanyakannya di sekitar Lembah Klang. Malah, ada kenaikan sehingga melebihi 100 peratus.
Pada 15 Oktober tahun lalu, Pedang pun turut terbeban apabila tol di AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, Lebuhraya Guthrie, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, terowong SMART, Lebuhraya Senai-Desaru, SKVE, Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sprint dan LDP, dinaikkan.
Kini, dengan memberi alasan bahawa kerajaan tidak dapat menampung beban hutang pampasan syarikat konsesi, jalan mudah diambil – biar rakyat yang tanggung beban kerajaan.
Tidakkah disedari bahawa rantaian kenaikan kadar tol akan menyebabkan harga barangan juga akan turut naik?
Kerana hutang terbesar dalam sejarah dibuat oleh syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekarang ini mencecah RM50 bilion, maka kerajaan tiada wang untuk melaksanakan program untuk rakyat, lantas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.
Daripada bayi hingga orang tua dan kurang upaya semuanya wajib membayar GST. Hasil cukai itu antara lain diberi kepada kakitangan awam sebagai ‘duit raya’ kononnya daripada kerajaan.
Kata Pedang: Sekarang naikkan. Dekat-dekat Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti akan diturunkan kononnya kerajaan prihatin masalah rakyat. Selepas menang, keluarlah kenyataan kadar tol perlu dinaikkan! - ismaweb

3 comments:

  1. Rakyat nesti bersatu buat mogok aman
    Desak guling najib hari ini juga
    Bosan dgn undi tipu najib
    Bosan dgn putarbelit najib

    Hari ini guling najib
    Guling najib
    Guling najib
    Guling najib

    ReplyDelete
  2. Elok lah tol naik tkda lah hway jem sgt nanti rakyat boleh naik bas Dan tren.

    ReplyDelete
  3. Lebuh raya PLUS telah wujud dari tahun 1994 . Ini bermakna sudah 22 tahun lamanya PLUS beroperasi dengan kos pembinaan sebanyak RM 6 billion.

    Sehingga kini pengguna masih membayar TOL dengan kadar yang tak pernah menurun .

    Cuba bayangkan hutang 1MDB yang di anggarkan sebanyak RM 50 billion ... agak agaknya berapa lama rakyat akan di GST untuk melangsaikan hutang hutang tersebut ???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com