innity

pages

Sunday, June 5, 2016

(SEMALAM PITAM) MB Kedah, Ahmad Bashah Masih di ICU


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Kedah (KMC).

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din dilihat tiba di hospital seawal pukul 8.45 pagi Ahad.

Beliau meninggalkan hospital kira-kira lima minit kemudian.

Ketika ditemui, Bakar Din berkata: "Datuk Seri Ahmad Bashah sedang tidur, jadi saya tidak mahu mengganggu beliau. Saya akan datang semula kemudian."

Katanya, beliau akan memberi maklumat lanjut berhubung tahap kesihatan Menteri Besar Kedah itu kemudian.

Pada Sabtu, Ahmad Bashah dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan pening sebelum pitam.

Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora pada pukul 7 malam dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.

1 comment:

  1. Bukan semalam dia sibuk potong rumput ke masa gotong royong. Kesianlah Bashah. Jagalah kesihatan takut2 ada PRK lak nanti. Takkan nak bagi Tajuddin jadi MB. Lagi haru !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com