innity

pages

Wednesday, June 22, 2016

[SAKITNYA HATI] Najib Lantik geng COMANGO dalam SUHAKAM, 5/8 dalam SUHAKAM adalah KAFIR

Mengarut.

Jenuh kami duk melawan kemungkaran COMANGO yg cuba merosakkan negara dgn meleraikan ikatan Islam. 


Last-last Najib bawa masuk geng tu juga dalam SUHAKAM. Tambah memanaskan hati lagi, majoriti 5/8 adalah kafirun!

Najib kononnya depan PAU nak lawan liberal la pertahankan islam, retorik KOSONG belaka.


No wonder la ada orang lukis Najib macam badut. Memang kuat buat lelucon yg tak lawak.  -
Abu Hanzalah


COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Hal ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bahawa Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Antara ahli NGO-NGO lain yang membentuk gabungan COMANGO termasuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Dignity International, Sisters in Islam, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Malaysia (ERA Consumer), Pusat Komas, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dan Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia (CAMSA).

Tuntutan

COMANGO membuat beberapa tuntutan dan desakan yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut adalah antara tuntutan-tuntutan tersebut;
  1. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
  2. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
  3. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com