innity

pages

Wednesday, June 15, 2016

RUU Akta 355: KRISTIAN di belakang DAP takut pengikut tertarik kepada Islam


KUALA KANGSAR, Rabu – Kristian yang berada di belakang parti rasis dan cauvinis DAP bimbang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah akan menyebabkan penganut agama itu tertarik kepada Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah akan menyaksikan keadilan mahkamah Islam dan undang-undang Islam sebenar.
Berucap pada ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini semalam, beliau berkata, DAP menentang usaha memartabatkan kanun itu serta menaiktaraf Mahkamah Syariah kerana bimbang pengikut Kristian dibelakangnya tertarik kepada Islam.
“Inilah yang menyebabkan ada kalangan bukan Islam, saya tahu, khususnya kalangan Kristianisasi yang ada di belakang DAP, mereka takut kalau Syariat Islam dilaksanakan, pengikut-pengikut mereka masuk Islam. Kita tak paksa mereka masuk Islam. Ini hak kita, itu hal mereka.
“Mereka akan saksikan keadilan Mahkamah Islam, keadilan Undang-Undang Islam, ini sebenarnya. Tetapi mereka bermain kata-kata, bermain ucapan. Hukum Islam mengikut apa yang saya terangkan tadi, terpulang kepada saudara-saudara nak belajar agama dengan saya ke, nak belajar agama dengan Lim Kit Siang? Terserah kepada saudara,” katanya. -ismaweb

2 comments:

  1. nak belajar agama dengan LKS ape jadah nye,apa agama dia tuan aji ooi.. cakap bior orang mudah paham.jangan belit2 macam sarban

    ReplyDelete
  2. Agama dlm hati kita Allah yg tahu.kita Islam, alhmdulilah. Tapi yg dikesalkan bab pemimpin menyeleweng, khianati rakyat, penipuan, khianat negara, jual maruah rakyat dan negara, ini pun orang agama sokong. Yg buat onar Melayu Islam pulak tu..senang benar, buat salah, tuding jari kat bangsa dan agama lain. Kemudian mintak sokongan sesama bangsa seagama. Ajaran Islam kah ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com