innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

Rupa-rupanya Puak TAREKAT ni BANYAK yang GUNA JIN Untuk Tarik Pengikut


TAREKAT DAN KEWALIAN.... ULASAN RINGKAS AJE.
Oleh Sahabat Shahpaskal


1. Tarekat ni memang satu terma atau perkataan yang ada ‘umphhh..’ Ia seolah-olah kata keramat terutama bagi geng-geng tertentu. Macam saya yang suam-suam kuku bab ilmu tarekat ni, rasa terpinggir pulak bila join geng tarekat bergebang.. Ada yang cerita wirid itu laa, wirid ini laa, ada yang dah fana, zikir pulak berbilang tingkat, entahlah..

2. Dalam bercerita bab tarekat ni dengan geng tarekat, depa selalu cakap kena belajar dan khatam empat serangkai (syariat, tarekat, hakikat, makrifat) barulah sempurna kewarakan seseorang. Izinkan saya bicarakan sikit hal ni dalam pemahaman ilmu saya yang ilmu setebal kulit bawang kering ni. Isu ni terlalu panjang nak dihuraikan selengkapnya tapi cukuplah sentuhan sepintas lalu.

3. Tarekat ni hanyalah jalan atau kaedah untuk seseorang itu mendapatkan kesempurnaanya dalam menjadi seorang hamba ALLAH yang benar-benar mematuhi akan perintah-Nya (lebih dekat dengan Illahi). Ia mestilah ada guru yang murshid yang membimbing dan amalannya ada sanad yang sahih. Ia tak ada kitab khusus, cuma amalan yang keserasiannya mengikut pengasas asalnya.

4. Sebelum belajar tarekat ni, diri kita mestilah dipersiapkan dengan sempurna. Selain amal ibadah disempurnakan, makan minum hendaklah dari yang halal lagi baik-baik. Lidah, hati dan anggota serta pancaindera lain dikawal dengan baik mencontohi akhlaknya Rasullullah SAW. Pada zaman moden ni, cabarannya lebih besar. Banyaklah lagi benda yang harus kita baiki... Bab ni lah yang saya lemah... Saya cepat serender @ surrender.

5. Ramai belajar tarekat semata-mata nak dapat elemen keajaiban dan kekeramatan. Ada jugak nak jadi gah terutama nak bagi tau yang dia ni orang tarekat. Kalau semua itu matlamatnya, tak payah joinlah. Buang karan saja. Ini kerana bab kekeramatan karomah ni bukan boleh dipinta-pinta. Ianya datang sendiri dari ALLAH SWT. Sebab tu juga, ramai yang ikut-ikut tapi asas aqidah dan fekahnya masih longgar. Akhirnya jadilah tok dukun.. Bapak jin dah menyinggah.. Bagaimanapun, saya sepenuhnya
bersangka baik yang baca tulisan ni dah punya asas aqidah dan fekah yang mencukupi.


4. Saya pernah ke markas satu tarekat yang besar kat Selangor kira-kira 15 tahun dulu. Ia ambik nama satu tarekat yang femes. Masuk saja kawasan markasnya, penuh dengan makhluk-makhluk ghaib yang tak secocok dengan kemurnian Islam. Memanglah kompleks pusat tarbiahnya agak besar dan lengkap.

5. Lepas join amalan depa sikit2 kat markas depa, sat tu juga terus auranya ‘berlaga’ dengan bawaan dalaman saya. Dah rasa dah time balik nanti mesti ada puak jin ikut balik dan memang tepat sekali... Nahas laa ko.. Stok jin ni telah ganggu saya dan ahli tarekat di markas ni menawarkan diri utk rawat saya. Mereka cakap senang saja tapi ada amalan tertentu kena buat. Pastu ada pengerasnya tapi mesti ikhlas... Kahh kahh... Paksa-rela pun mesti ikhlas ke...? Cakap mudahnya, dia nak saya jadi pengikut merekalah.

6. Nak jadi cerita, ramai juga kawan-kawan saya yang gi situ termasuk beberapa orang pegawai kerajaan berjawatan JUSA. Al-maklumlah kat ofis banyak gangguan dan saingan, alih-alih berkat doa dan ‘kekeramatan’ guru tarekat serta amalan khusus dari markas ni, berjayalah mereka dapat capai impian perjawatan mereka.

7. Tapi saya kadang-kadang kesian, kata dah ambil tarekat tapi akhlaknya masih kat takuk tu jugak. Duit tepi sapu juga. Malah ada sorang tu siap keluar masuk mahkamah kerana kes rasuah. Emm... Itulah kejayaan duniawi tanpa redha-Nya.. Akhirnya tarekat ni diisytiharkan sesat oleh Jabatan Agama.

8. Malah ada beberapa lagi guru tarekat yang saya rapati juga bermasalah. Ada sorang guru tu siap berkawan dengan seorang mufti negeri lagi tu (mufti ni dah bersara pun...) Last-last kantoi juga. Fikir punya fikir, mufti pun manusia. Sekarang pun mufti ada yang jadi macam selebriti, kondem sana kondem sini tapi kain sendiri koyak pun tak tersedar. Ye laa... Manusia punya jutaan kelemahan.

9. Banyak guru tarekat ni berkawan dengan jin-jin pasal nak tarik dan ‘gam’kan para pengikutnya macam lembu dicucuk hidung. Pelbagai amalan pelik diberikan untuk amalan harian. Walaupun pelik dari amalan ‘orang biasa-biasa’ tapi kita bila nak tanya soalan menyentuh prinsip amalan dengan guru yang dikatakan murshid atau abuya (panggilan lazim) tadi terus tak jadi. Mulut terkunci sambil air liur meleleh..Tak minum ketagih..! Tapi abuya juga air liur meleleh terketar2 kena hadap dengan orang majlis agama.. (sekadar lawak je, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati).

10.Saya diajar dari awal lagi, walau macamana wirid dan zikirnya, kalimah shahadah yang satu itulah juga kuncinya. Jadi, saya peganglah hingga kini bahawa “Tiada Tuhan Selain ALLAH’ itulah yang teratas sekali. Ia yang menentukan sama ada kita beriman atau tidak.. Jadi, kalau sayalah, datanglah guru dari langit sekali pun, tetap shahadah inilah saja yang saya pegang dan Rasullullah SAW itulah yang menyempurnakan penyampaian syariat-Nya.

11.Selain itu, ada satu lagi masalah kita iaitu kita ni tak nampak apa sahabat @ dampingan ghaib yang tok guru tarekat ni pakai. Semua kita main ikut belasah aje. Asal saja pakai jubah, kopiah dan gentel bijik tasbih, itulah guru murshid kita. Selain tu, saya percaya di zaman Rasullullah SAW, Abu jahal dan Abu lahab juga berjubah sebab tu pakaian harian mereka tapi tetap tak beriman.

12.Saya sebenarnya ada fobia tersendiri dalam bab ni. Saya dah disihir ‘kiyai-kiyai’ aliran tarekat ni berpuluh kali. Lebih tinggi ilmunya, lebih hebat hentaman sahabat setannya. Alhamdulillah saya masih okey.. Tapi banyaklah terbazir masa, tenaga dan juga wang ringgit untuk berikhtiar mengatasinya. Saya tetap yakin 100 peratus bahawa tiada ilmu setanding ilmu para wali kerana ia ilmu warisan mukjizat para Rasul.

13.Masuk bab wali pulak. Kita tahu juga yang wali-wali ni adalah dari kumpulan tarekat yang pelbagai namanya tetapi asasnya masih satu - Islam bersanadkan Rasullullah SAW. Tapi kekadang kita ni lebih sudu dari kawah. Kita kata tarekat itu kurang umph la, yang ni bermasalah laa.. Kalau itu pandangan kita, kita belum bersedia menilai ilmu dengan mata hati kita yang luhur. Belajarlah seberapa banyak ilmu dari pelbagai guru dan setelah tu, nilailah mana yang terbaik dan menepati naluri kebenaran di hati kita. Insha ALLAH akan ditunjuki-Nya mana yang hak, mana yang bathil.

14.So, janganlah seolah-olah tarekat kita saja yang benar. Itu pegangan umum kita. Tapi kita juga kena tahu yang Imam Asif bin Barqiya yang menjadi orang kanan Nabi Sulaiman as juga adalah imam tarekat dan ahli hikmah yang agung dalam sejarah manusia. Amalan bertarekat ni adalah amalan orang-orang sufi sejak zaman-berzaman lagi. Bukanlah zaman laa ni.. Sila lihat di sini ada sikit kupasannya pasal beliau (Imam Asif) yang saya kira menarik dibaca dan selari dengan kefahaman saya. https://dajjal.wordpress.com/…/cara-asif-memindahkan-istan…/

15.Apabila dah jadi ahli tarekat, banyak benda tersingkap. Dulu saya pernah tulis perihal perhimpunan wali ghaib sedunia di Istana (Pasentren) Gunung Jati, Cirebon di mana teman baik lagi sealiran saya telah ditunjuki oleh Wali Qutub (Sunan Gunung Jati) dengan Imam Asif. Dan hujung tahun 2016 nanti, insha ALLAH negara kita jadi hosnya seperti saya dah tulis dulu. Selepas tu kat Turki. Kalau ada rezeki, selain kat negara kita saya juga akan sertai yang di Turki, jemputan dah ada.

16.Berbalik cerita Imam Asif. Kita semua lupa untuk bertanya mengapa jin Ifrit menawarkan diri untuk jadi kuli Nabi Sulaiman as...? Tahukah kita, di alam ini ada satu barangan berupa minyak wangi bernama ‘Minyak Arashwathi’ yang amat-amat diimpikan oleh para jin-jin termasuk ifrit. Minyak istimewa ini milik Nabi Sulaiman as. Inilah minyak yang bakal diminta sebagai upah oleh ifrit kalau si ifrit ni berjaya memindahkan tahta Puteri Balqis.

17.Malangnya dengan Imam Asif menggunakan karomahnya yang dikurniakan ALLAH SWT, ifrit tertewas. Maka minyak ini masih ada hingga kini. Minyak ini warnanya kuning, dalam botol kaca besar ibu jari dengan lehernya tirus. Ia dikembarkan dengan satu minyak lain yang lebih kecil tetapi jernih.

18.Ceritanya panjang dan hanya beberapa individu sahaja yang tahu hal ini. Makanya sesiapa yang bakal menjadi pemimpin akhir zaman yang juga dari aliran tarekat ini nanti, beliau bakal diberi minyak ini dan dengan redha-Nya, semua bala tentera jin akan tunduk kepada beliau melalui satu perjanjian - dengan minyak ini diserah, maka golongan jin-jin ini termasuk ifrit mesti akur dengan dia.. Best kan..?

19.Sekarang minyak ini ditangan Sheikh Abdol Qadir Jailani (Wali Qutub). Selain pada beliau (S.A.Qadir Jailani), satu lagi ada ditangan Sunan Gunung Jati. So, ada dua orang Wali Qutub sahaja di dunia ini yang mewarisi barangan istimewa berusia ribuan tahun ini. Emm.. Siapalah yang dapat nanti yaa... Mungkin anak cucu mereka.. Jom.. Angkat tangan sape cucu-cucu wali besar ni.

20.Saya simpulkan kat sini. Tarekat adalah jalan menuju ke jalan redhaan Illahi yang hakiki. Kemuncaknya dengan rahmat dan redho Illahi, ahli tarekat berkenaan bakal menerima ilmu laduni, kelebihan karomah dan diangkat martabatnya menjadi ahli wali rijalul-ghaib yang berada di saf belakang kepimpinan kewalian dunia yang dipimpin oleh Saidina Ali ra. Maka, berdoalah kita semua semoga menjadi sebahagian hali-ahli berdarjat ini.

Wassalam... Dan selamat berpuasa..

Sumber: 
Shah Paskal

5 comments:

  1. Kenapa admin masukkan penulisan macmni dlm blog ni....jadikan umat islam.makin konpius. Kita dah diancam kafir dan liberal, aekarang diserabut dgn isu tarikat. Baik kita fokus musuh kita kafir, zionist iluminati, liberal dan syiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan admini bagus iaitu utk beri kefahaman pd org Islam ttg tareqat sbb majority umat Islam skrg ini jahil pasal tareqat.

      Mrk seolah nya beranggapan yg tareqat itu tidak perlu atau seperti tambahan kepada Islam

      Tapi mereka tidak tahu bahawa semua 4 imam mazhab yg besar itu semua nya adalah ahli satu tareqat

      Delete
  2. Mmg dlm duna ni ada bermacam2 tareqat dan majoriti nya adalah tareqat KARUT! Bila sudah karut mmg mcm2 lah perkara karut yg mereka buat termasuk menggunakan jin dan syaitan

    Tareqat yg sebenar nya murni mesti lah guru nya itu ada salasilah sehingga kepada Rasulullah

    Cerita pasal minyak dlm botol warna kuning lah pulak...... ada lah cerita dongeng yang karut juga. Nabi Sulaiman mmg diberi mukjizat oleh Allah dan diberi kerajaan yg tidak akan ada pd org lain. Dia tk perlu pada minyak karut tu

    ReplyDelete
  3. ini semua poyo!!!!!!...minyak ? minyak petrol lahhhh!!!!!

    ReplyDelete
  4. Ilmu tak salah..nawaitu si pengamal yg salah..kalau betol cara si pengamal,nawaitu yg baik,jd elok lah..hayati lah betol2 ilmu tu..jgn main hentam keromo je..siasat dulu usul tariqat tu yg mcm mn.org tua dlu2 elok je mengamalkan zikir tariqat ni,knp zaman sekarang byk melingkop..sbb apa??nawaitu da lari tajok..kalau rs tak sesuai,tak usahlah diamalkan..jgnlah menyalahkan ilmu pulak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com