innity

pages

Wednesday, June 22, 2016

RM831 juta dibelanja untuk galak benci Islam, muslim di AS


WASHINGTON, Rabu – Hampir RM831 juta diserahkan kepada beberapa pertubuhan yang menggalakkan kebencian terhadap umat Islam di Amerika Syarikat (AS) sejak 2008 hingga 2013 lalu, lapor statistik diterbitkan sebuah pertubuhan Islam dan University of California Berkeley.
Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) dan Pusat Kajian Kaum dan Jantina University of California Berkeley, menyenaraikan 33 pertubuhan Islamophobia yang mendapat sumbangan sekurang-kurangnya RM831 juta setahun untuk menjalankan gerakan membenci Islam dan muslim.
Kumpulan itu, termasuk Abstraction Fund, Clarion Projects, David Horowitz Freedom Center, Middle East Forum, American Freedom Law Center dan Center for Security Policy.
Laporan oleh kedua-dua pihak berkenaan turut menyenaraikan rang undang-undang anti-Islam di 10 negeri di AS, manakala 81 rang undang-undang diperkenalkan antara 2013 hingga 2015, yang hampir semuanya dibentangkan oleh parti Republikan.
Laporan juga menyebut tahun lalu, 78 insiden menyasarkan umat Islam dilaporkan, berbanding 22 kes pada 2013 dan 20 kes pada 2014.
“Pada November dan Disember tahun lalu, 34 kes membabitkan insiden di masjid dilaporkan,” kata laporan itu yang turut merujuk kepada kejadian serangan di Paris dan San Bernardino di California.
Laporan itu turut membentangkan penemuan baru fenomena anti-muslim di AS, dikenali sebagai ‘Muslim-free businesses’ dan ‘armed anti-Islam demonstrations’.
Beberapa demonstrasi anti-Islam dilaporkan, di mana kebanyakan penunjuk perasaan hadir bersama senjata api mereka, terutama selepas tercetusnya kejutan berikutan tindakan dua ekstremis yang cuba menyerang satu majlis di Garland, Texas, Januari lalu.
Laporan itu turut menyatakan sejak 2014, sesetengah perniagaan di Arkansas, Florida, Kentucky, New York, Oklahoma dan New Hampshire, mengisytiharkan mereka ‘bebas muslim’, walaupun undang-undang Persekutuan menghalang tindakan diskriminasi. – Agensi

-ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com