innity

pages

Friday, June 24, 2016

Respon Datuk Seri Mukhriz mengenai PEMECATAN oleh UMNO Najib & Geng


KOMEN TENTANG PEMECATAN!

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat makluman rasmi daripada UMNO berhubung pemecatannya hari ini.

Beliau berkata, beberapa rakannya sudah menerima surat tunjuk sebab dan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin.

Bagaimanapun, katanya beliau serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang memegang jawatan tinggi dalam UMNO tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara itu.

"Saya memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Jerlun, jadi saya rasa proses ini seperti tidak betul sikit.. Saya hanya tahu menerusi telefon, daripada saluran berita mengenai pemecatan ini.

"Bila tahu perkara ini, ia tidak terlalu mengejutkan. Saya sudah menjangkakan (pemecatan) ini sebab ada mesyuarat Majlis tertinggi," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di kediamannya pada Jumaat.

Turut hadir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila ditanya apakah perancangan beliau selepas ini, katanya, beliau akan berbincang bersama rakan lain bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, perjuangan yang dipelopori UMNO selama ini akan terus dipertahankan dalam apa pentas sekalipun.

Pada 3 Februari lalu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Status kedudukan Mukhriz dalam UMNO mula menjadi tanda tanya sejak Mac lalu, berikutan penglibatan mereka dengan 'Deklarasi Rakyat' bersama beberapa pemimpin yang Mac lalu.

Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut Najib meletakkan jawatan.

7 comments:

  1. Dah tak apa lagi yg boleh diharapkan daripa umno dan para pemimpinnya yg korup. Sejarah akan tertulis hancurnya umno dek kerakusan pemimpin yg haloba menjarah harta dan wang rakyat.

    ReplyDelete
  2. process tak betul ????
    bengong!
    ko pi kempen sama2 dap while still with umno tu betul ke? umno dah cukup baik dan sabar.
    u dont deserve their respect ...buang kertas nak htr surat....buang terussss

    ReplyDelete
  3. Apa lagi nk dipertahankan..kutuk sakan umno dan kerajaan. Very simple striker da patah kaki x leh simpan lagi..bagi player Baru masuk ja..lagi pun hampa satu keluarga dah jadi jutawan Dan billionaire..cukupla..kami jadi jadi ahli umno 35 tahun masih miskin jugak..dok umah kos rendah bro..mkn pun belanja rm2 sahaja utk makan tengahari...bayangkan anak kami 6 org..

    ReplyDelete
  4. 2 org ni tak cerdik berpolitik!!

    Jgn nak salahkan orang lain....Tanya diri anda apa yg anda telah buat...

    Org lain tahu berpolitik, tahu adab berparti dan tahu adab mengkritik pemimpin....

    Itulah akibat termakan hasutan Mahathir....Mahathir dah puas 22 tahun.
    Yang rugi siapa???? Mahathir tak rugi. Yang rugi ialah 2 orang ni yang tak cerdik..

    ReplyDelete
  5. Bro..kau kena ckp kat ahli majlis tertinggi parti hg tu..takpon hg tanya ketua parti tros..depa semua hidup mewah..pi la tanya pasai apa ramai ahli umno still miskin?pasai apa senarai nama penerima zakat skrg dah makin bertambah? Kat mana silapnya?

    Sikap hg mcm ni la yg bg ramai lg org jd miskin..sokong la org yg berjuang berlandaskan islam..amanah..adil..berbalik lah kpd al quran..perintah la negara ikut al quran..

    ReplyDelete
  6. Mukriz kalau dah berlawan kenalah cari pejuang parti bukan pejuang berniaga. Mula sekali kenalah buang pegawai lama dia yg banyak membantu punah politik dia di kedah. Sebelah pegawai dia yg bersongkok hitam pakai kacamata macam org pandai tu pun patut dibuang sekali. Kalau simpan lagi budak ni sebagai penasihat alamat masuk longkang tutup ceritalah. Budak tak berapa cerdik tu antara sebab mukriz jahanam. Tak percaya tanyalah org kedah

    ReplyDelete
  7. apa punca semua ini berlaku ??
    pasal 2.6b dan 1mdb dan 50b
    najib pencipta kenapa you all tak tanya njib ???
    problems all from njib apasal hang tak gi tanya njib
    pelik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com