innity

pages

Sunday, June 12, 2016

Ramadan: Harga sayuran naik 350 peratus ketika Ramadan


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan segera bagi mengawal harga sayur-sayuran yang dilaporkan meningkat berkali ganda ketika Ramadan.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) juga perlu menurunkan segera harga sayuran yang kini dilaporkan meningkat sehingga 350 peratus.
“CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.
“CAP juga berulang kali menggesa Fama agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyenaraikan harga sayuran yang meningkat sempena Ramadan ini.
Harga untuk daun sup yang asalnya RM4 kini naik kepada RM18, daun bawang daripada RM6 kepada RM12, manakala serai daripada RM3.50 naik kepada RM8. -ismaweb

8 comments:

  1. Tahniah Najib!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kerana najib..harga naik kerana peniaga dapig yg naikkan harga..kena tau sejarah .. sapa yg jadi peniaga..petani..penternak dan nelayan..buka minda dgn luas..jelajah pelusuk negara akan ada jawapan..rakyat kena sedar..spa yg jadikan negara dari negara pertanian kpd perusahaan..pembangunan..dan menuju negara maju..berapa banyak kawasan pertanian..sawah padi dijadikan kawasan perumahan..kawasan perindustrian..celikkan mata..baca sejarah dan fikir..jgnlah tuding jari kpd individu tu seorang..apa perlu kita buat untuk mengatasi masalah ini?..cukupkah tulis komen yg mungkin memfitnah orang?..mana letaknya adab sopan dan kehebaran diri sendiri?..

      Delete
    2. Bro anon 9.52, BN pegang memerintah Negara Dan najib adalah ketua kerajaan. Jika najib tidak member arahan supaya di buat kawalan harga Dan mengambil tindakan pd tauke2 sayur atau barang2 lain,adakah pegawai2 bawahan dia akan melakukannya? Arahan Dari ketua Dan ketua yg bijak adalah yg ambil berat masalah rakyat.

      Delete
  2. Menteri2 kabinet sdg sibok sapu sebarapa dan sebanyak yg boleh pd masa sama mengemas pejabat2 mereka to be ready to abandon ship.Puaka dah beri isyarat akan pindah keluar negara berbeg2 telah di bawa keluar.Bugis perasan akan tekedu kesaorangan di sini menghadapi keadilan..

    ReplyDelete
  3. daun sup mahal.. makan daun ketum.. xkan tu pon kna ajar...

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah..wahai ajib bertindaklah..raya ni berapa ratus peratus lagi akan naik..tlg jgn naik kterbang la ajib..

    ReplyDelete
  5. kesian ko.. mesti tiap waktu sebut nama najib je..

    ReplyDelete
  6. Guling najib

    Mogok umum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com