innity

pages

Tuesday, June 14, 2016

Rakyat Tertawakan Rafizi ATAU Rakyat Bengang Dengan Rosmah?


Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa minggu lepas berkata saya diketawakan oleh rakyat kerana sudah ketandusan isu sehingga membawa isu penggunaan jet oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang ditanggung rakyat. Katanya itu memang hak Datin Seri Rosmah sesuai dengan kedudukan beliau sebagai isteri Najib Razak.

Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya. Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.

Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di “timeline” 2,260,537 akaun (sila lihat dibawah). Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang 4 hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

Oleh itu terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.
Jangan kata saya tak nasihat awal-awal.

Ahli Parlimen Pandan

8 comments:

  1. Bengang dengan najip dan rusma

    ReplyDelete
  2. apa masalah nye ni skrg???
    first lady of the country kut. ke hulu ke hilir mmg banyak tempat kena pergi

    ReplyDelete
  3. Ala semua tu bleh buat..satu orang boleh buka 100 akaun dlm alam maya..apa ada hal...aku tetap sokong umno dan bn..dnramai lg yg sokong bn...

    ReplyDelete
  4. Najib ibarat muka bulldozer , Rosmah ibarat muka steamroll ... mana ada malu ....

    Para penyokong dia ibarat batu kelikir , pak menteri dia ibarat minyak tar ... apa lagi buat jalan la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR ibarat jamban, PAN ibarat saluran najis dan DAP ibarat logi rawatan najis....apa lagi...berak la banyak2 ye

      Delete
  5. 1mdb dah makin celaru
    Gst makin haru

    Modal ajak rakyat sokong pembangkang

    Tiada asas logik nak najib
    Guling najib
    Guling bn

    ReplyDelete
  6. Untung besar beg besar...ts muhyidin tau isi beg tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com